Justin Bieber Kongsi Gambar Cium Anak Lelaki Usia 7 Bulan

EntertainmentFamily & Parenting
28 Mar 2025 • 3:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti Hollywood, Justin Bieber meraih perhatian ramai apabila berkongsi gambar anak lelakinya di media sosial.

Perkara tersebut dikogsikan Bieber di Instagram pada Khamis, memaparkan dia sebagai seorang bapa mencium anak lelakinya itu, Jack Blues Bieber yang kini berusia tujuh bulan.

Justin Bieber kongsi gambar anak

image is not available

“It’s cause I am a Maniac.

“That we dedicated Jack Blues Bieber to Jesus,” tulis Bieber menerusi kapsyen.

Dalam pada itu, melalui hantaran yang sama, Bieber juga berkongsi gambar isterinya Hailey Bieber bersama beberapa keping gambar lain menunjukkan kehidupan sehariannya apabila sudah bergelar sebagai seorang bapa.

image is not available

Jack Blues Bieber, bayi paling comel

Meninjau ke ruangan komen, warganet berasa teruja melihat hantaran yang dikongsikan oleh penyanyi popular itu dan ada juga yang tidak sabar melihat wajah sebenar bayi kecil tersebut sehingga ada yang mula meneka wajah Jack seperti ibunya, Hailey.

image is not available

Dua lelaki kesukaan ramai

image is not available

Moga Tuhan merahmati keluaraga ini

image is not available

Pada Ogos tahun lalu, Justin dan Hailey mengumumkan berita kelahiran cahaya mata pertama mereka dengan memuat naik gambar telapak kaki Jack di media sosial.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran berkenaan telah menerima sebanyak 3.2 juta tanda suka dan lebih 27,000 komen.