K-One lupuskan anak syarikat, G-AsiaPacific kepada gergasi teknologi Jepun, ITOCHU pada harga RM94 juta

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 6:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

K-One lupuskan anak syarikat, G-AsiaPacific kepada gergasi teknologi Jepun, ITOCHU pada harga RM94 juta Image from: K-One lupuskan anak syarikat, G-AsiaPacific kepada gergasi teknologi Jepun, ITOCHU pada harga RM94 juta amree04/08/2026 - 18:16 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 OgosK-One Technology Berhad melupuskan keseluruhan pegangan anak syarikatnya, G-AsiaPacific Sdn Bhd (GAP) kepada gergasi teknologi Jepun, ITOCHU Corporation, pada harga RM94 juta.

 

Ia dibuat melalui anak syarikatnya, K2 Meta Sdn Bhd yang memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) dengan ITOCHU Singapore Pte Ltd dan ITOCHU Corporation melibatkan 1,000,000 saham biasa dalam GAP.

 

Menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, urus niaga ini menyaksikan ITOCHU Singapore mengambil alih 60% kepentingan, manakala baki 40% lagi dimiliki terus oleh ITOCHU Corporation.

 

"GAP merupakan penyedia rumusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memfokuskan kepada perkhidmatan awan dengan rekod prestasi kukuh di Malaysia serta pasaran serantau," tambah K-One.

 

Pelupusan ekuiti berkenaan jelasnya, dianggap sebagai strategik bagi kumpulan itu untuk dapat merealisasikan nilai pelaburan yang sudah dibina sejak pengambilalihan unit tersebut pada Jun 2020.

 

Lebih menarik perhatian pelabur, ia merancang untuk memperuntukkan sebanyak RM75 juta daripada hasil jualan tersebut sebagai dividen khas kepada para pemegang sahamnya selepas transaksi selesai.

 

K-One_DagangNews2026

 

Berdasarkan modal saham terbitan semasa ujar K-One, nilai pelupusan tersebut dianggarkan mencecah kira-kira 9 sen sesaham, namun masih tertakluk kepada jumlah saham pada tarikh kelayakan kelak.

 

"Selain pengagihan dividen, baki RM15.1 juta akan digunakan kumpulan sebagai modal kerja kumpulan, manakala RM1 juta diperuntukkan untuk pembelian loji, mesin, dan peralatan ujian," jelas syarikat.

 

Usaha tersebut bagi mengukuhkan segmen pembuatan elektronik (EMS), manakala selebihnya iaitu sebanyak RM2.9 juta akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan berkaitan cadangan pelupusan ini.

 

K-One dijangka meraih anggaran keuntungan pro forma sebanyak RM47.6 juta daripada transaksi tunai sepenuhnya ini kerana harga jualan itu merupakan premium menarik berbanding kos asal RM37.66 juta.

 

Lembaga Pengarah berpendapat pelupusan ini membolehkan kumpulan menukar nilai pelaburan dalam GAP kepada tunai untuk manfaat pemegang saham serta mengukuhkan kedudukan kecairan kumpulan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved