AmInvest: Kenaikan ketara harga saham sektor teknologi tidak halang pelabur daripada terus beli

TechnologyBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 11:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

AmInvest: Kenaikan ketara harga saham sektor teknologi tidak halang pelabur daripada terus beli Image from: AmInvest: Kenaikan ketara harga saham sektor teknologi tidak halang pelabur daripada terus beli amree04/08/2026 - 11:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kenaikan mendadak harga saham teknologi yang mencetuskan kebimbangan terhadap penilaian syarikat terlibat tidak menghalang pelabur daripada terus memburu sektor berkenaan.

 

Menurut AmInvestment Bank (AmInvest), prospek pertumbuhan keuntungan yang kukuh, terutama berkaitan dengan produk dijana kecerdasan buatan (AI), masih dilihat sukar ditandingi sektor-sektor lain.

 

Malah, kebimbangan mengenai penilaian saham semakin tinggi setakat ini belum mencetuskan aktiviti jualan secara ketara, sebaliknya pelabur semakin menganggap sektor teknologi sebagai pilihan utama. 

 

"Mereka menyifatkan sektor ini sebagai satu-satunya pelaburan yang mampu menawarkan pertumbuhan pendapatan lebih menarik, dengan tiada tema pelaburan baharu mampu menyaingi potensi AI," jelasnya.

 

Sehubungan itu, AmInvest menilai aliran modal dijangka terus tertumpu kepada syarikat-syarikat yang banyak mendapat manfaat besar daripada perkembangan teknologi berkenaan kerana ada jaminan hasil.

 

Prestasi kukuh sektor itu disokong kenaikan Indeks Teknologi Bursa Malaysia yang naik 35% sejak awal tahun, mencapai paras tertinggi sejak Ogos 2024, sejajar peningkatan saham teknologi global.

 

sektor teknologi_DagangNews2026

 

Tambah firma tersebut, sentimen positif turut didorong permintaan berterusan terhadap semikonduktor dan aplikasi AI yang terus merangsang pertumbuhan syarikat teknologi di peringkat antarabangsa.

 

"Antara penerima manfaat terbesar ialah ViTrox Corporation Berhad, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak lebih dua kali ganda ke paras tertinggi hasil permintaan kukuh produknya," kata AmInvest.

 

Selain itu, keadaan pasaran ketika ini menggambarkan pendekatan pelabur berasaskan konsep 'tiada alternatif lain', apabila sektor teknologi kekal pilihan utama meskipun penilaiannya makin tinggi.

 

Dari sudut strategi pelaburan, ia mengesyorkan pelabur memberi tumpuan kepada syarikat yang ada potensi keuntungan, kerana faktor tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada prestasi harga saham.

 

Justeru, Inari Amertron Berhad dan Kelington Group Berhad kekal menjadi pilihan utama AmInvest berdasarkan kepada prospek pertumbuhan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran semasa.

 

"Kami turut melihat saham VS Industry Berhad masih ketinggalan berbanding rakan industri dan ada peluang kenaikan jika sentimen positif terhadap sektor teknologi berterusan," katanya. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved