Kabel kena curi, bila ECRL nak siap?

LocalPolitics
16 Jun 2026 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kabel kena curi, bila ECRL nak siap?
Image from: Kabel kena curi, bila ECRL nak siap?
Masalah kecurian kabel dan peralatan pengangkutan awam ini bukan setakat berlaku kepada ECRL sahaja tetapi melibatkan perkhidmatan LRT, MRT dan KTM juga.

KABEL projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terus jadi sasaran pencuri dan terkini, Polis Kelantan menumpaskan satu sindiket yang aktif melakukan perbuatan keji itu sejak Februari lalu.

Polis berjaya menahan dua lelaki, sekali gus menyelesaikan empat kes kecurian yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM200,000.

Kalau beginilah keadaannya, sampai bila projek yang akan memberi impak besar kepada ekonomi dan penduduk di Pantai Timur akan dapat disiapkan dalam tempoh yang disasarkan ?

Kalau ramai yang sedar tentang kepentingan projek ini, maka eloklah kita semua pakat-pakat bekerjasama dan bantu polis untuk pastikan perbuatan mencuri itu dapat di kekang.

Masalah kecurian kabel dan peralatan pengangkutan awam ini bukan setakat berlaku kepada ECRL sahaja tetapi melibatkan perkhidmatan LRT, MRT dan KTM juga.

Disebabkan kejadian itu berlaku, pihak yang bertanggungjawab terpaksa hentikan operasi dan mengakibatkan orang ramai marah kepada penyedia perkhidmatan dan kerajaan.

Malangnya, rakyat tidak marah pula kepada pencuri yang menjadi punca perkhidmatan terpaksa dihentikan.

Sudahlah perkhidmatan pengangkutan awam tidaklah begitu menguntungkan, masalah kecurian menyebabkan tekanan kewangan yang begitu besar kepada penyedia perkhidmatan.

Jadi eloklah juga kerajaan fikir balik sama ada undang-undang yang ada mencukupi atau tidak untuk mengekang jenayah yang menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat.

**media[3552238]**

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved