Kabel Kena Rembat: MRT Laluan Putrajaya Sedang Dibaiki!

LocalPolitics
4 Mar 2026 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya yang dilaporkan mengalami gangguan bekalan kuasa susulan kecurian kabel, dijangka dipulihkan secara berperingkat dalam tempoh tiga hari.

Rapid Rail berkata,  kerja-kerja baik pulih bekalan kuasa di Laluan Putrajaya giat dijalankan susulan kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen Damansara Damai yang dikesan awal pagi tadi.

image is not available

“Kejadian tersebut telah menyebabkan gangguan perkhidmatan dan memerlukan kerja pembaikan menyeluruh bagi memastikan sistem kembali beroperasi dengan selamat serta stabil.

“Sepanjang tempoh gangguan ini, perkhidmatan tren alternatif serta bas perantara ulang-alik percuma disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan. Penumpang juga disarankan menggunakan laluan rel alternatif,” menurut kenyataan itu, hari ini.