Kabinet bincang isu tarif AS esok, Malaysia teruskan rundingan perdagangan

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 5:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kabinet bincang isu tarif AS esok, Malaysia teruskan rundingan perdagangan

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan Malaysia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Jo (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani) sedang meneliti perkara itu. Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Keselamatan Negara 2026-2030, di sini, hari ini.

Terdahulu, Johari berkata Malaysia akan meneruskan rundingan dengan AS sehingga suku pertama 2027 bagi memastikan kadar tarif keseluruhan ke atas barangan Malaysia tidak melebihi 19 peratus.

Beliau berkata rundingan tersebut akan tertumpu, khususnya, kepada usaha menangani kebimbangan mengenai lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan AS 1974.

AS mencadangkan tarif tambahan sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia, setelah mendapati dasar perindustrian dan amalan pembuatan Malaysia menyumbang kepada lebihan kapasiti dan pengeluaran secara struktur yang didakwa membebankan atau menyekat perdagangan negara itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved