Tarif AS sehingga 25% belum muktamad, MITI terus runding tidak lebih 19%

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2026 • 3:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tarif AS sehingga 25% belum muktamad, MITI terus runding tidak lebih 19% Image from: Tarif AS sehingga 25% belum muktamad, MITI terus runding tidak lebih 19% sarah26/11/2026 - 15:16 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 Nov - Malaysia akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan kadar tarif keseluruhan yang dikenakan terhadap negara di bawah Seksyen 301 tidak melebihi 19%, susulan cadangan Washington untuk mengenakan tarif berkaitan lebihan kapasiti pengeluaran.

 

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan bahawa cadangan kadar tarif antara 18% hingga 25% terhadap Malaysia berhubung isu lebihan kapasiti pengeluaran itu belum dimuktamadkan.

 

Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) pada 25 November 2026 mengeluarkan hasil siasatan di bawah Seksyen 301 berkaitan lebihan kapasiti pengeluaran membabitkan 14 ekonomi, termasuk Malaysia.

 

Bagaimanapun, USTR memaklumkan bahawa kadar tarif berkenaan hanya bersifat indikatif, manakala kadar muktamad dijangka diumumkan pada suku pertama 2027.

 

“Pada masa ini, hanya tarif 10% berkaitan buruh paksa yang dikenakan terhadap Malaysia pada 24 Julai 2026 sedang berkuat kuasa,” kata MITI dalam kenyataan hari ini.

 

Artikel berkaitan: AS cadang tarif hingga 18% ke atas barangan Malaysia, pertimbang kadar 25% jika rundingan tidak memuaskan

 

Malaysia teruskan rundingan dengan AS

MITI berkata, kementerian akan meneruskan libat urus dan rundingan dengan AS bagi memastikan kadar tarif keseluruhan terhadap Malaysia di bawah Seksyen 301 tidak melebihi 19%.

 

Ini mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai antara ekonomi terawal yang menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS.

 

Bagi memberikan kepastian dan jaminan kepada semua pihak berkepentingan, termasuk komuniti perniagaan dan pelabur, MITI akan memaklumkan perkembangan lanjut menjelang suku pertama 2027.

 

MITI semak barangan import dari negara ketiga

Dalam pada itu, Malaysia menegaskan bahawa sektor pembuatannya tidak mempunyai lebihan kapasiti pengeluaran yang boleh menjejaskan atau mengganggu pasaran global.

 

“Bagaimanapun, MITI akan menyemak barangan yang diimport dari negara ketiga ke Malaysia bagi memastikan Malaysia tidak menyumbang kepada lebihan kapasiti pengeluaran global,” katanya. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved