Kaca Mata Pintar Oakley Meta Akan Diperkenalkan Pada Minggu Ini

TechnologyDigital
17 Jun 2025 • 2:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal tahun ini, Meta, ibu syarikat disebalik platform-platform sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Threads telah mengumumkan kerjasama baru dengan sebuah lagi syarikat pembuat kaca mata, iaitu Oakley.

Kaca mata tersebut, yang dinamakan Oakley Meta dibangunkan menggunakan kaca mata Oakley Sphaera sebagai asas, dan akan dimuatkan dengan sejumlah ciri-ciri pintar yang diperlihatkan pada kaca mata pintar pertama Meta, iaitu Meta Ray-Ban.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai kaca mata Oakley Meta ini buat masa ini, selain daripada apa yang telah diperlihatkan pada awal tahun ini, akan tetapi menurut laporan-laporan baru, nampaknya fokus untuk kaca mata Oakley Meta ini adalah terhadap atlit-atlit sukan yang mahu menggunakan kaca mata mereka untuk merakam aktiviti sukan.

image is not available

Dalam pada itu, ia juga telah dilaporkan bahawa Oakley Meta ini tidak akan hadir dengan paparan skrin terbina didalamnya, walaupun Meta sedang membangunkan kaca mata sebegitu untuk produk-produk yang akan dilancarkan di masa akan datang.

Kaca mata pintar Oakley Meta akan diperlihatkan pada 20 Jun ini, dengan tarikh dan harga pelancarannya juga mungkin akan diumumkan pada acara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved