Qualcomm Snapdragon AR1+ Gen1 Diperkenalkan – Kemaskini Cip Kaca Mata Pintar Kini Dengan Kemampuan AI

TechnologyDigital
13 Jun 2025 • 6:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Segment peranti kaca mata pintar dilihat semakin membesar, dengan penawaran oleh syarikat-syarikat seperti Huawei, Meta dan Ray-Ban, Snap, Xiaomi, XReal dan sebagainya. Qualcomm, sebagai pengeluar cip semikonduktor yang menguasakan banyak peranti elektronik telah memperkenalkan kemaskini kepada cip pemprosesan kaca mata pintar mereka, iaitu Qualcomm Snapdragon AR1+ Gen1.

image is not available

Cip ini merupakan kemaskini kepada cip Snapdragon AR1 Gen1 yang dilancarkan pada sekitar September 2023, yang kini hadir dengan kemampuan untuk memproses tugasan AI, yang bermakna bahawa kaca mata yang dikuasakan cip ini tidak lagi memerlukan sambungan ke Internet ataupun peranti pintar untuk tujuan tersebut.

Cip Hexagon NPU yang terbina didalam SoC Snapdragon AR1+ Gen1 membolehkan peranti untuk memproses tugasan Small Language Model. Contoh yang diberikan ialah AI yang memberi cadangan kepada pertanyaan seperti meminta cadangan resipi untuk makan tengahari ataupun makan malam apabila anda berada di pasaraya.

image is not available

Dalam pada itu, Qualcomm juga mengatakan cip pemprosesan ini akan hadir dengan saiz yang lebih kecil yang membolehkan untuk jenama pembuat peranti mereka produk yang lebih nipis dan ringan juga, disamping jangka-hayat bateri yang lebih panjang.

Mereka juga mengatakan bahawa syarikat-syarikat seperti Meta dan XReal sudahpun memulakan proses membangunkan kaca mata pintar dengan cip pemprosesan Snapdragon AR1+ Gen1 ini, dan akan memperlihatkannya kelak.