Kad Grafik AMD Dan NVIDIA Kini Boleh Digunakan Bersama Komputer Apple Untuk Tujuan Pembangunan AI

TechnologyDigital
6 Apr 2026 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple baru-baru ini dilaporkan telah membenarkan untuk perisian pemandu bagi komponen kad grafik AMD dan NVIDIA dibangunkan untuk digunakan bersama-sama penawaran komputer Apple, termasuklah siri MacBook, Mac Mini, Mac Pro dan sebagainya.

Kad-kad grafik AMD dan Intel yang disambungkan ke dermaga USB Type-C dengan sambungan USB4 ataupun Thunderbolt kini boleh disambungkan ke komputer-komputer Mac melalui sambungan tersebut, dan digunakan untuk tujuan pemprosesan model bahasaraya AI.

— the tiny corp (@__tinygrad__) April 1, 2026

Apple baru-baru ini nampaknya telah mengesahkan pembangunan perisian sokongan oleh Tiny Corp yang sebelum ini telah membangunkan kelengkapan pemprosesan model bahasaraya.

image is not available

Perisian sokongan yang telah dibangunkan oleh mereka kini menerima restu Apple untuk menggabungkan komponen kad grafik AMD ataupun NVIDIA untuk tujuan pemprosesan model bahasaraya. Ini membolehkan kad-kad grafik ini untuk digunakan bersama komputer cip Apple siri M tanpa sebarang masalah, dan dengan cepat dan mudah.

Melihat kepada sokongan yang ditawarkan oleh Tiny Corp, nampaknya kad-kad grafik dari siri AMD Radeon RX 9070 XT ke NVIDIA RTX 6000 Pro semuanya boleh digunakan tanpa sebarang isu setelah memuat-turun perisian tersebut.

Sayangnya perisian sokongan ini tidak membolehkan komputer Mac anda untuk menggunakan kad-kad grafik kelak gaming untuk menggerakkan permainan komputer dengan kemampuan grafik, resolusi ataupun kadar segar semula yang lebih baik. Perisian tersebut hanya boleh digunakan untuk membolehkannya digunakan dalam cara yang lebih “produktif”, jika anda seorang pembangun perkhidmatan kecerdasan buatan.