Lenovo Yoga Mini i Gen 11 Dilancarkan Sebagai Pesaing Mac Mini

TechnologyDigital
3 Apr 2026 • 10:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Lenovo Yoga Mini i Gen 11 dilancarkan semalam dengan ia memasuki pasaran sebagai komputer kompak yang bersaing dengan Mac Mini. Saiznya kecil sahaja dengan ukuran 48.5mm x 130mm x 130mm dan hanya seberat 600 gram.

image is not available

Walaupun kecil Yoga Mini i Gen 11 hadir dengan cip sehingga  Intel Core Ultra X7 385H TDP 45W, grafik Intel Arc B390, memori sehingga 32GB LPDDR5x RAM, storan sehingga 2TB M.2 PCle Gen4 SSD, speaker 2W, dan bekalan kuasa 100W.

Pilihan I/O juga pelbagai dengan 2x USB-C  (Thunderbolt 4, USB 40Gbps), 2x USB-C (USB 10Gbps),1x USB-A (USB 10Gbps), 1x HDMI 2.1, 1x RJ45 dan bicu audio/mikrofon terbina. Sokongan rangkaian nirwayar pula ialah WiFi 7 dan bluetooth 6.

image is not available

Selain itu butang kuasa turut dilengkapi pengimbas cap jari terbina bagi menyokong Windows Hello. Sistem operasi yang digunakan pula adalah sama ada Windows 11 Pro ata Windows 11 Home. Apabila b beroperasi lampu LED berbentuk gelang akan menyala di bahagian bawah. Semuanya dalam kerangka berbentuk bulat kompak berwarna SeaShell.

Buat masa ini Yoga Mini i Gen 11 hanya ditawarkan di China pad harga bermula RMB 5,499 (~RM 3221) sebuah.