Kad Grafik Dengan Cip RDNA 5 Dijangka Akan Tiba Pada Penghujung Tahun 2027

TechnologyDigital
8 Jun 2026 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramai telah tertanya-tanya sekiranya AMD akan memperkenalkan teknologi grafik terbaru mereka tidak lama lagi, dan baru-baru ini, terdapat beberapa laporan yang sedikit sebanyak mengesahkan bilakah kad grafik dengan cip pemprosesan grafik terbaru RDNA 5 mereka akan dilancarkan.

Menurut sejumlah rakan pembangun komponen AMD, kad grafik dengan cip grafik RDNA 5 dijangka akan tiba pada penghujung tahun 2027 kelak. Jangkaannya ialah cip pemprosesan grafik tersebut akan diperkenalkan pada suku kedua atau ketiga 2027, akan tetapi sejumlah model-model kad grafik tersebut hanya akan mula dijual pada awal tahun 2028.

Image from: Kad Grafik Dengan Cip RDNA 5 Dijangka Akan Tiba Pada Penghujung Tahun 2027

AMD telah melancarkan siri kad grafik AMD Radeon RX 9000 dengan cip grafik RDNA 4 pada awal tahun 2025, dan ia merupakan penawaran kad grafik kelas pertengahan dan mampu milik, dan tidak bertanding dengan penawaran NVIDIA seperti GeForce RTX 5080 dan RTX 5090. Setakat ini ia masih tidak diketahui lagi sekiranya AMD akan menggunakan strategi sama dengan menawarkan kad grafik kelas pertengahan sahaja, ataupun akan memperlihatkan penawaran baru yang akan menandingi semua kelas kad grafik dari premium ke mampu-milik.

Menariknya, NVIDIA juga dijangka akan memperlihatkan penawaran kad grafik mereka sekitar masa yang sama, dan apa yang pasti ialah NVIDIA akan menguasai kebanyakan pasaran kad grafik, khususnya kad grafik kelas premium kerana ketiadaan pertandingan dalam kelas tersebut.