CIMB Kini Menambah Sokongan Apple Pay Untuk Kad Kredit

Business & FinanceDigital
21 Jul 2026 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Pay akhirnya boleh digunakan oleh pengguna kad kredit dan kad kredit-i CIMB hari ini selepas ia dijanjikan sejak sekian lama. Menurut laman rasmi CIMB, pembayaran Apple Pay dengan kad kredit mereka boleh dilakukan menerusi peranti iPhone, Apple Watch, Mac dan iPad.

Untuk menggunakan Apple Pay, pengguna perlu melakukan tetapan pada peranti Apple dimiliki dengan langkah seperti buka aplikasi Apple Wallet > tekan butang tambah (+) > pilih Credit Card. Seterusnya, ikuti arahan pada skrin untuk menambah kad baharu.

Image from: CIMB Kini Menambah Sokongan Apple Pay Untuk Kad Kredit

CIMB menyertai Hong Leong, AmBank (kad kredit Mastercard dan Visa), HSBC, Maybank (kad kredit dan debit American Express, Mastercard serta Visa), RHB Bank Berhad (kad kredit dan debit Visa), Standard Chartered Bank (kad kredit Mastercard dan Visa) serta Wise Payments yang telahpun menyokong Apple Pay sebelum ini.

Sempena sokongan yang diaktifkan hari ini, CIMB menawarkan pulangan tunai sehingga RM118 sekiranya pembayaran dilakukan menggunakan Apple Pay.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved