
Kad kredit dan debit asing tidak lagi boleh digunakan di pam bagi melakukan pembelian RON95 bermula 1 April 2026. Ini adalah langkah kerajaan untuk mengelakkan RON95 yang bersubsidi dibeli oleh warga asing. Penggunaan kedua-dua kad untuk membeli bahan api hanya dibenarkan di kaunter sahaja.

Kenderaan dengan nombor pendaftar asing sudah dilarang membeli RON95 sejak 17 Jun 2022 lagi. Tetapi pembayaran di pam membenarkan mereka memintas halangan ini tanpa disedari oleh pengusaha stesen. Bermula 1 April juga, pemandu atau pemilik kenderaan berpendaftaran asing yang membeli petrol RON95 akan dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum ini hanya pengusaha stesen dikenakan tindakan.
Krisis Asia Barat menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan bahan api di seluruh dunia. Malaysia menawarkan pembelian bahan api yang lebih murah berbanding negara jiran menyebabkan penyeludupan berlaku. Minggu lalu kerajaan telah mengurangkan kuota bulanan BUDI95 telahpun dikurangkan dari 300L ke 200L sahaja kepada rakyat Malaysia yang layak.

