“Kad ni kami jumpa” – Pasangan Suami Isteri Nafi Mencuri Lepas Kantoi Guna Kad Debit Ditemui

Entertainment
12 Feb 2025 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di Facebook, seorang wanita mendakwa kad debit miliknya telah digunakan tanpa pengetahuannya oleh pasangan suami isteri, mengakibatkan kerugian sekitar RM400.

Mangsa menyedari kehilangan kadnya apabila mendapati berlaku transaksi tidak sah selama dua hari berturut-turut ketika mangsa menyemak baki akaun.

Menurut mangsa, kali terakhir dia menggunakan kad tersebut pada 3 Februari di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor sebelum menaiki perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah.

Jelasnya, transaksi tidak sah itu dilakukan pada 4 dan 5 Februari di beberapa lokasi sekitar Skudai.

Mangsa juga memaparkan rakaman CCTV yang diperoleh, menunjukkan pasangan terbabit telah menggunakan kad debit itu di beberapa premis. Ekoran itu, mangsa telah menghubungi pihak bank dan membuat laporan polis.

“Tak sangka nampak muka orang yang gembira menggunakan duit dari hasil titik peluh orang lain.”

image is not available image is not available

Pelaku dakwa mangsa cuai?

Susulan tular posting tersebut, pelaku tampil menghubungi mangsa dan berjanji untuk membayar semula wang yang diambil.

Pelaku mendakwa menemui kad itu dalam sebuah kenderaan e-hailing dan menafikan bahawa mereka mencuri kad tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, pelaku meminta mangsa untuk memadamkan posting terbabit kerana tidak mahu kes diperbesarkan.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak menerima sebarang pengembalian semula wang tersebut dan telah merujuk kes ini kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Namun, meninjau ke ruangan komen, pelaku tampil memaklumkan bahawa dia sudah pun mengembalikan wang tersebut. Pelaku juga mendakwa apa yang berlaku ini adalah atas kecuaian mangsa sendiri.

image is not available

Sementara itu, mangsa menyatakan dia memuat naik posting itu untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.