Kad Temu Janji KK Dalam Bahasa Cina: KKM Janji Akan Siasat

LocalPolitics
19 May 2026 • 8:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kad Temu Janji KK Dalam Bahasa Cina: KKM Janji Akan Siasat

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan menyiasat dan mngambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan penggunaan tulisan Cina pada kad temu janji di Klinik Kesihatan Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Perkara itu timbul susulan sebuah video tular di TikTok, memaparkan kad temu janji pesakit di klinik berkenaan yang didakwa mengandungi tulisan Mandarin, sedangkan kebiasaannya kad tersebut dikeluarkan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

“Terima kasih kerana menyalurkan isu ini. Kami sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata KKM dalam satu kenyataan ringkas di platform Threads menerusi akaun @kementeriankesihatanmalaysia pada hari Selasa.

Isu tersebut mendapat perhatian meluas selepas ia dikongsi semula di platform Threads, dengan beberapa pengguna mempersoalkan penggunaan bahasa pada kad temu janji berkenaan.

Video berdurasi 1 minit 27 saat itu pada asalnya dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun @shah.faza, yang mendakwa isu tersebut telah dipolitikkan walaupun ia melibatkan aspek kesihatan awam.

Menurutnya, KKM perlu menangani perkara ini dengan serius dan tidak mengaitkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kerajaan dengan sentimen politik. 

Video berkenaan boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/18SEMC27Hm/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 19 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved