Tular Kad Pesakit Dalam Bahasa Cina, Jabatan Kesihatan Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]

LocalHealth & Fitness
19 May 2026 • 9:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tular Kad Pesakit Dalam Bahasa Cina, Jabatan Kesihatan Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial apabila seorang lelaki membuat aduan mengenai kad ‘janji temu’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterimanya dari sebuah klinik kesihatan tertera dalam bahasa Cina dan bukannya Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu.

Ambil maklum tentang isu tular, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) dalam satu kenyataan hari ini (19 Mei) memohon maaf selain menjelaskan bahawa pihak mereka mengambil serius tentang apa yang berlaku.

Jelas KKM, berlakunya kesilapan pemberian kad berhubung kad pemantauan pesakit denggi di Klinik Kesihatan Setapak. Siasatan mendapati insiden tersebut berlaku pada 18 Mei (semalam) melibatkan seorang pesakit kanak-kanak yang hadir mendapatkan rawatan bagi kes disyaki demam denggi.

Kad Pemantauan Pesakit Secara Rasmi Dalam BM, Namun Turut Sediakan Dalam Bahasa Lain Sebagai Inisiatif Sokongan – JKWPKL&P

JKWPKL&P menegaskan bahawa kad pemantauan pesakit digunakan secara rasmi di fasiliti berkenaan adalah dalam Bahasa Melayu.

“Namun, bagi membantu komunikasi dan pemantauan pesakit di kawasan berkepadatan tinggi dengan kes denggi, pihak klinik turut menyediakan kad pemantauan dalam beberapa bahasa sebagai inisiatif sokongan kepada pesakit dan penjaga mengikut kesesuaian bahasa.”

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Image from: Tular Kad Pesakit Dalam Bahasa Cina, Jabatan Kesihatan Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]
Kad Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Kebangsaan| Foto: Media Sosial

Ia Tidak Disengajakan, Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Dalam Urusan Perkhidmatan KKM

Tambah JKWPKL&P, dalam kes ini, berlaku kesilapan pemberian kad berlainan bahasa kepada penjaga pesakit yang tidak disengajakan.

Walau bagaimanapun, jabatan berkenaan berkata pegawai perubatan bertugas telah memberikan penerangan berkaitan rawatan dan pemantauan kepada pesakit dalam Bahasa Melayu, termasuk membuat catatan bertulis pada kad tersebut.

Justeru, pihak JKWPKL&P telah mengambil langkah penambahbaikan serta bagi memastikan selepas ini dilakukan lebih teliti selain mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan perkhidmatan di klinik kesihatan.

“Pihak JKWPKL&P ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan kekal komited untuk terus memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terjamin,” tambah JKWPKL&P dalam kenyataan yang dikongsikan oleh KKM di media sosial.

View on Threads

Penerima Kad Pemantauan KKM Tak Faham Bahasa Cina Yang Tertera

Terdahulu, tular satu klip video di TikTok memaparkan aduan seorang pengguna mengenai penggunaan tulisan Cina pada kad pemantauan pesakit di klinik kesihatan kerajaan itu.

Lelaki tersebut turut mempersoalkan mengapa kad itu tidak menggunakan bahasa rasmi Malaysia, Bahasa Melayu. Jelasnya, tulisan tersebut menyebabkan dia tidak faham perkara yang tertera pada kad pemantauan kes denggi itu.

“Sepatutnya benda macam ni jangan dipolitikkan la. Ini isu rakyat, nak politik korang punya pasal,” dakwanya.

Isu kad pesakit denggi guna bahasa Cina turut tular di Threads, doktor jelaskan ia memang didatangi dengan beberapa bahasa

Isu berkenaan turut tular dan sohor di Threads selepas dikongsikan seorang pengguna.

Namun seorang pegawai perubatan, Dr Amirul Amzar kemudiannya menjelaskan kad pemantauan denggi memang tersedia dalam beberapa bahasa.

Jelas beliau ianya bertujuan agar para pesakit tahu tanda-tanda bahaya denggi dalam bahasa yang mudah difahami.

“Ini bukan kad janji temu. Ini kad pemantauan denggi. Pelbagai bahasa ada, sebab kita nak pesakit faham tanda-tanda bahaya denggi. Supaya bila jadi, mereka tahu bila nak ke hospital.

“Mati dan sakit tak kenal bangsa or bahasa. Apatah lagi parti politik,” tegas Dr Amirul Amzar.

Tambah beliau lagi, kad berkenaan bukanlah kad baharu sebaliknya telah lama digunakan oleh pegawai perubatan.

View on Threads

View Original Article