
Kementerian Kesihatan Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia) sedang menjalankan semakan berhubung satu video tular yang memaparkan kad pemeriksaan di Klinik Kesihatan Sri Rampai yang didakwa mempunyai tulisan dalam bahasa Cina.
Menurut KKM, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini, pihak kami sedang menyemak dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata KKM dalam satu kenyataan ringkas.

Difahamkan, kad berkenaan merupakan kad pemantauan bagi pemeriksaan pesakit demam denggi.
Baca juga:
Lelaki syukur isu bekalan elektrik dapat perhatian Sultan Pahang
Hampir empat dekad berbakti, layanan mesra Uncle Sri jadi ingatan warga UPM
Warga emas ditahan pandu lawan arus di Lebuhraya DASH
Sebelum ini, video berkenaan tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik oleh seorang lelaki yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penggunaan tulisan pada kad berkenaan.
“Kementerian Kesihatan perlu ambil tindakan ya. Tulis kat sini sakit, tapi tak tahu apa benda isu ni,” katanya dalam video tersebut.
Isu itu turut mendapat perhatian di platform Threads, dengan rata-rata pengguna media sosial menggesa KKM memberikan penjelasan serta tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.
The post KKM semak video tular kad pemantauan pesakit denggi di KK Sri Rampai appeared first on The Reporter.


![Tular Kad Pesakit Dalam Bahasa Cina, Jabatan Kesihatan Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/KKM-Beri-Respon-Isu-Kad-Pemantauan-Pesakit-Dalam-Tulisan-Cina-2-800x467.jpg?t=1779207877)



