Kadar Murid Tahun 5 Boleh Membaca Di Malaysia Adalah 88 Peratus – Laporan Unicef

2 May 2024 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendedahan Bank Dunia baru-baru bahawa hanya 58 peratus murid di negara ini mahir membaca walaupun sudah berada di Tahun Lima menjadi perdebatan baru-baru ini dan perkara tersebut mencetuskan persoalan tentang sistem pendidikan rendah di negara ini.

Secara tidak langsung, laporan tersebut menyebabkan Kementerian Pendidikan (KPM) menerima kecaman hebat dan didakwa gagal menguruskan sektor berkenaan.

Menjawab isu berkenaan, pensyarah kanan Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad berkata, semua pihak seharusnya berlaku adil dan jujur dengan meneliti kandungan maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan.

image is not available

Menurutnya, sekiranya laporan yang dimaksudkan dibaca dengan lengkap, angka 58 peratus tersebut adalah peratusan murid yang boleh membaca pada skala Band 6 iaitu tahap kemahiran membaca paling tinggi.

Tambahnya lagi, jika merujuk kepada Band 4, 5 dan 6, ia adalah kumpulan murid yang boleh membaca, cuma tahap kemahiran membaca mereka sahaja berbeza.

Justeru, katanya lagi, sekiranya dijumlahkan kadar sebenar peratusan murid tahun 5 yang boleh membaca adalah 88 peratus, bukan hanya 58 peratus.

image is not available

Namun, menurut Anuar lagi, walaupun angka 88 peratus berkenaan adalah baik, tetapi ada 12 peratus murid yang tidak mempunyai keupayaan membaca asas dan mereka ini perlu diberi perhatian dengan segera bagi tujuan pemulihan.

Semalam, laporan baharu Bank Dunia menggambarkan sistem pendidikan Malaysia tidak menepati sasaran ditetapkan, sekali gus mencetuskan kegusaran ramai.

image is not available

Ujarnya lagi, hanya 58 peratus di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Tahun Lima iaitu jauh lebih teruk daripada rakan serantau, Vietnam, walaupun negara berkenaan memiliki sumber lebih rendah.

Lebih membimbangkan, laporan itu menunjukkan ketidakcekapan sistem pendidikan Malaysia apabila pelajar di negara ini, menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah tetapi pembelajaran bersamaan dengan hanya 8.9 tahun, manakala di Vietnam, golongan itu mencapai 10.7 tahun pembelajaran dalam jangka masa sama.

Sumber : Scoop

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.