Kadar Parkir Awam Naik Lebih 50%, Rupanya Untuk Kurangkan Kesesakan!

LocalPolitics
2 Mar 2025 • 7:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Parkir awam

Penduduk Pulau Pinang kini perlu membayar 50% lebih mahal untuk parkir awam selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengumumkan kenaikan kadar bermula bulan ini.

Menurut laporan Harian Metro, langkah ini diambil bagi mengurangkan kesesakan serta menghalang parkir jangka panjang yang menyekat ruang parkir awam dan perkara ini dikatakan sendiri Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Ir A Rajendran.

Kadar baru parkir awam 

image is not available

Berdasarkan kadar baharu:

  • 40 sen ➝ 60 sen setiap setengah jam
  • 80 sen ➝ RM1.20 setiap jam
  • RM6 ➝ RM9 untuk sehari
  • Pas bulanan kekal RM150

Menurut Rajendran, ada pengguna yang meletakkan kenderaan sehingga 12 jam, menyebabkan orang lain sukar mendapatkan parkir.

“Kita juga bercadang menetapkan had masa parkir di kawasan sibuk seperti Lebuh Chulia dan Little India,” katanya.

Tindakan tegas elak kesesakan

image is not available

Selain kenaikan harga, MBPP turut memperkenalkan langkah baru di 5 lokasi sesak, termasuk:

  • Jalan P Ramlee
  • Jalan Dato’ Keramat
  • Jalan Magazine
  • Jalan Burma
  • Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Di kawasan ini, parkir haram dan menunggu tepi jalan akan diperketatkan.

MBPP juga bekerjasama dengan pemaju swasta untuk memastikan caj parkir di bangunan komersial setanding dengan kadar parkir awam.

#ApaKataOhmedia

Penduduk Pulau Pinang digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang, teksi dan e-hailing bagi mengelakkan kesesakan dan menjimatkan kos parkir.

Selain itu, MBPP juga sedang merancang pembangunan parkir bertingkat di Weld Quay bagi menambah tempat parkir di bandar. Apa pendapat korang?

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.