Kadar setem Pos Malaysia untuk kad Raya 2024

25 Mar 2024 • 4:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tradisi menghantar kad raya fizikal masih belum pupus. Walaupun lebih mudah menghantar ucapan secara digital seperti WhatsApp, Telegram, dan media sosial, kami dapati ramai yang sedang mencari berapakah setem yang perlu ditampal pada kad ucapan Hari Raya 2024. Ini adalah kemas kini terhadap artikel yang kami terbitkan dalam tahun 2023 dulu.

Kadar setem untuk mel standard

Secara asasnya, harga setem adalah bergantung kepada dimensi sampul dan berat keseluruhan sampul berisi kad raya. Tarif dibahagikan kepada dua kategori dan perlu diingatkan yang ini adalah tarif bukan komersial iaitu penghantaran daripada pengguna individu kepada individu lain.

Kategori yang pertama adalah mel standard. Berikut adalah spesifikasi mel standard Pos Malaysia:

  • Dimensi minimum 140m (lebar) x 90mm (panjang) x 0.25mm (tebal)
  • Dimensi maksimum 250m (lebar) x 165mm (panjang) x 6.00mm (tebal)

Sekiranya anda kad Raya dengan ukuran mel standard, kadar setemnya adalah RM0.60 sekiranya berat keselurhan bawah 20g. Sekiranya antara 21g hingga 50g, kadar setem RM0.70 dikenakan.

image is not available

Contoh mel tak standard

Seandainya kad Raya anda miliki bentuk spesifik ataupun terlalu berat, ia akan digolongkan dalam mel tak standard.

Kadar setem untuk mel tak standard

Kategori kedua adalah mel tak standard. Ia melibatkan kad raya yang tidak menepati dimensi ataupun yang melebih berat sampul 50g. Selain berat, dimensi juga ditetapkan pada maksimum 600 x 250mm x 30mm.

image is not available

Contoh mel tak standard

Berikut adalah nilai setem yang perlu ditampal mengikut berat sekiranya surat anda tidak mengikut ukuran mel standard:

  • 1g hingga 50g RM0.80
  • 51g hingga 100g RM0.90
  • 101g hingga 250g RM1.00
  • 251g hingga 500g RM2.00
  • 501g hingga 1000g RM3.50
  • 1001g hingga 2000g RM5.50

Sekarang anda sudah tahu maklumat terperinci tentang berapa harga setem yang perlu ditampal. Kalau nak jimat, pastikan surat anda berada dalam kategori mel standard atau berikut adalah beberapa alternatif lain yang boleh anda gunakan.

Kadar poskad adalah RM0.30

Poskad tidak mempunyai sampul dan ikuran minimum poskad adalah 140mm x 90mm dan maksimum 235mm x 120mm. Poskad yang mempunyai berat kurang daripada 20g, kadar setemnya adalah RM0.30 sahaja.

image is not available

Mel Rakyat adalah percuma

Mel Rakyat adalah perkhidmatan percuma penghantaran surat bukan komersial dalam Malaysia. Anda boleh dapatkan Mel Rakya di pejabat post dan tulis kandungan ucapan Raya di atas Mel Rakyat dan kemudian lipat mengikut arahan yang disediakan.

image is not available

Sumber: Pos Malaysia, 2