
SEKALI-sekala, tidak salah untuk berbelanja lebih demi menggembirakan insan tersayang dengan menikmati sajian enak di atas bumbung.
Bukan sahaja dapat menikmati pemandangan bandar raya yang tersergam indah dengan bangunan mercu pencakar langit, momen tersebut juga dapat disimpan sebagai kenangan.
Sebenarnya, sudah ramai pengusaha menawarkan kafe atas bumbung di puncak bangunan untuk memberikan kelainan sebagai aktiviti santai petang atau makan malam.
Nampaknya trend kafe rooftop tersebut semakin popular dan sudah banyak diperkenalkan di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor dengan bonus pemandangan menakjubkan.
Berikut lima destinasi kembara gastronomi yang menjadi pilihan ramai di media sosial:

1. Eden Coffee Rooftop Cafe
Alamat: 50, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur,
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Facebook: Lot 10 Kuala Lumpur
Instagram: @Lot10KL

2. ATSKY
Alamat: Roof Garden, Dataran Cascade, Kota Damansara, Selangor & H-1-11, HIVE, TREC, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 5 petang hingga 1 pagi
Facebook: ATSKY
Instagram: @atskydamansara

3. Heli Lounge Bar
Alamat: Level 34, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur,
Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam
Facebook: Heli Lounge Bar
Instagram: @Heliloungebar

4. Atmosphere 360
Alamat: TH-02, Menara Kuala Lumpur, No 2, Jalan Punchak Off Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Facebook: Atmosphere 360
Instagram: @Atmosphere360

5. Fuego Sky Dining
Alamat: Level 23A, The Troika, Tower B, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam
Facebook: Fuego at Troika Sky Dining
Instagram: @FUEGOatTroikaSkyDining
Menarik bukan? Apa kata halakan stereng kereta kalian ke lokasi yang diidamkan sebagai kejutan buat insan tersayang.
Jika ada tempat lain yang lebih menarik, kongsikan di ruang komen ya. Selamat berhujung minggu!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
The post Kafe atas bumbung jadi lokasi romantik, bajet bawah RM100 dan bonus spot ‘Instagrammable’ appeared first on Sinar Plus.

