Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang

6 Mar 2023 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Memang tak menyesal cuba laksa Sarawak,” Azrul Affandi.

Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang. Singgah ke Sarawak sudah menjadi kewajiban untuk menikmati makanan kegemaran orang ramai di negeri ini iaitu Laksa Sarawak.

Apa yang membezakan Laksa Sarawak dengan laksa-laksa lain diluar sana adalah pes kuah laksanya yang dibuat khas daripada rempah-rempah istimewa dan kuah ini dibuat menggunakan shrimp stock (air rebusan udang).

Hidangan istimewa ini kemudiannya dihidangkan bersama bihunyang sudah dicelur, hirisan ayam rebus, hirisan telur dadar, udang, taugeh, daun ketumbar, limau kasturi dan juga sambal yang padu. Memang Special!

image is not available
Kagum Dengan Keenakannya, Wartawan Semenanjung Ini Bagi Laksa Sarawak 5 Bintang. Gambar tangkap layar dari TikTok Azrul Affandi Sobri

Wartawan/Produser terkenal dari Semenanjung cuba laksa Sarawak

Baru-baru ini di TikTok, seorang wartawan/produser terkenal dari Semenanjung, Azrul Affandi Sobri telah datang ke Sarawak.

Berkongsi pengalamanya di TikTok mencuba salah satu hidangan ikonik di Bumi Kenyalang ini, beliau telah mencuba Laksa Sarawak di salah satu kedai makan popular di Kuching iaitu Mom’s Laksa. Video berkenaan juga telah mendapat lebih 240K tontonan (setakat artikel ini ditulis).

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok Azrul Affandi Sobri

Pada mulanya kagum dengan Mi Jawa Satay

Pada mulanya, beliau kagum dengan Mi Jawa Satay di kedai makan berkenaan kerana namanya dan menu tersebut yang unik.

Kemudian, setelah beliau mencuba makan laksa Sarawak buat pertama kalinya, beliau kagum pula dengan rasa pekat kuat dan betapa enaknya hidangan berkenaan.

Patutlah orang cakap wajib try, memang tak menyesal.

Saya bagi 5 Star!”

Beliau kemudiannya menyarankan buat orang di luar sana yang datang ke Bumi Kenyalang ini untuk mencuba Laksa Sarawak, Mi Jawa Satay, Teh C Special dan Mi Kolok!

Lagi cerita menarik buat anda di sini: