Ada Kampua, Laksa Sarawak, Mi Tomato, Sainah Cafe Di Kuching Ini Jadi Port Breakfast Kegemaran Ramai

2 Mar 2023 • 8:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kedai makan pagi best di Kuching.

Ada Kampua, Laksa Sarawak, Mi Tomato, Sainah Cafe Di Kuching Ini Jadi Port Breakfast Kegemaran Ramai. Buat anda di luar sana yang mencari port sarapan pagi Halal di Kuching, anda perlu cuba Sainah Cafe yang terletak di Jalan Setia Raja ini.

Menyediakan pelbagai jenis makanan menarik, Cafe ini menjadi salah satu kedai makan yang menyediakan menu sarapan pagi kegemaran penduduk lokal di sini.

image is not available
Ada Kampua, Laksa Sarawak, Mi Tomato, Sainah Cafe Di Kuching Ini Jadi Port Breakfast Kegemaran Ramai. Sumber Foto: FB Sainah Cafe

image is not available
Sumber Foto: FB Sainah Cafe

Menyediakan antara Mi Kampua Halal terbaik di Kuching

Di Sainah Cafe ini, menu yang kami sarankan untuk anda cuba adalah Mi Kampua, Laksa Sarawak, Mi Tomato, Mi Kolok, Mi Jawa Daging dan juga menu Mi Goreng mereka.

Untuk Mi Kampua, anda boleh memilih antara tiga Kampua yang anda inginkan di sini iaitu Mi Kampua Merah, Mi Kampua Putih dan juga Mi Kampua Kicap. Mi Kampua di Sainah Cafe ini adalah salah satu Mi Kampua Halal yang terbaik di Kuching.

Untuk menu Mi Tomato pula, anda perlu cuba hidangan istimewa yang hanya ada di Sarawak ini di cafe Sainah. Mi Tomato yang disediakan di sini memang dijamin kelazatannya. Untuk Laksa Sarawaknya pula, kedai makan ini tidak pernah mengecewakan kerana laksa yang mereka sediakan sentiasa on point dan sedap!

image is not available
Sumber Foto: FB Sainah Cafe

image is not available
Sumber Foto: FB Sainah Cafe

image is not available
Sumber Foto: FB Sainah Cafe

Lagi menu menarik ditawarkan di sini

Selain daripada menu di atas, ada banyak lagi hidangan menarik menanti anda di sini seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam, Bihun Goreng, Nasi Goreng, Wantan dan banyak lagi.

Berkonsepkan makanan Cina Muslim, kedai makan ini buka seawal jam 7 pagi hingga 2.30 petang. Jadi jika anda ingin mencari tempat yang menyediakan menu sarapan pagi menyelerakan di Kuching anda perlu singgah di Sainah Cafe ini.

Kalau anda tidak berkesempatan untuk singgah ke cafe ini, anda boleh cari Sainah Cafe di Grab Food!

Lagi port sarapan pagi best di Kuching untuk anda: