
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, Malaysia menjadi antara negara membangun yang pesat dengan kemajuan infrastruktur dan sistem pentadbiran tersusun.
Negara ini juga menjadi tumpuan sektor pekerjaan untuk segelintir pekerja asing yang mencari peluang lebih baik dan stabil.
Baru-baru ini, seorang warga Indonesia menarik perhatian ramai apabila berkongsi pandangannya tentang pembangunan di Malaysia dan turut menyeru rakyat senegaranya supaya cuba mencipta hasil yang sama.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tuduh Malaysia Sering Alami Krisis Air, Warganegara Indonesia Terima Kecaman Dari Rakyat Sendiri
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Korea Teruja Peniaga Di Indonesia Guna Sistem ‘Pulley’ Untuk Hantar Makanan Dari Seberang Sungai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Korea Pilih Mi Segera Malaysia Lebih Pedas Dari Jenama Indonesia
Luah Isi Hati Ketika Di Putrajaya, Ajak Bangkitkan Semula Indonesia
Menerusi satu video di TikTok (@citrajayasatria), lelaki itu merakam suasana di sekitar bangunan kementerian di Putrajaya yang tersusun dan bersih.
Katanya, suasana tenang dan pembangunan yang terancang membuatkan dia terfikir bagaimana Malaysia mampu kekalkan keadaan seperti itu.
Apa yang menarik perhatian ialah cara dia menyampaikan pandangannya. Dia tidak sekadar memuji, malah mengajak rakyat senegaranya untuk melihat dan menilai sendiri perbezaan tersebut.
Dia bertanya secara jujur, tidakkah mereka teringin untuk melihat Indonesia kembali kepada zaman di mana imej negara lebih terpelihara, rakyat lebih tertib dan kehidupan yang lebih aman seperti dahulu.
“Saya minta maaf rakyat Malaysia, bukan nak menjatuhkan. Tapi di Malaysia pun ada jenayah. Cuma terkawal tak seperti di Indonesia,” katanya.
Menurutnya di negara asal, peratusan jenayah sangat membimbangkan. Hampir semua orang hidup dalam ketakutan. Keluar malam menjadi satu kerisauan kronik kerana keberadaan pencuri, penagih dadah, geng jalanan dikebanyakan tempat.
Dia kemudian membandingkan pula suasana parkir di Malaysia. Motosikal tidak perlu bayar parkir juga tetap disusun kemas. Helmet ditinggal atas motor tanpa rasa takut.
Tambahnya lagi, di Indonesia walaupun sudah membuat bayaran parkir sekalipun, tetap ada kemungkinan kenderaan itu sendiri dicuri.
Katanya, suasana di Malaysia itu bukannya berlaku secara tiba-tiba. Ia hasil daripada sikap rakyat yang lebih bertanggungjawab dan sistem yang menghargai keselamatan awam.
“Apa kita tak sedih, lihat negara jiran maju? Tak teringin?” tambahnya sebelum menutup video dengan doa agar negaranya kembali maju dan harmoni seperti yang pernah dinikmati dahulu.
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Dua Negara Sokong Pandangan, Harap Rakyat Ubah Mentaliti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari kedua-dua negara memuji sikap terbuka lelaki itu.
Ramai yang mengakui pandangan seperti ini jarang didengar secara terbuka kerana kebanyakan orang lebih suka menyalahkan keadaan tanpa mencari jalan penyelesaian.

Ada juga yang mencadangkan agar perubahan perlu dimulakan dari sistem pendidikan. Katanya, pembentukan akhlak dan pemikiran rakyat bermula dari bangku sekolah lagi.

Beberapa pengguna lain menyatakan rasa kagum jika semua rakyat Indonesia mampu berfikir seperti lelaki itu. Katanya, dengan mentaliti sebegitu, tidak mustahil negara mereka akan lebih cepat berubah.

Setiap Negara Ada Kekurangan, Tapi Banyak Yang Boleh Dicontohi

Walaupun lelaki itu memberi pujian kepada Malaysia, dia tidak menafikan bahawa tiada negara yang sempurna.
Cuma, apa yang ditekankan ialah usaha berterusan untuk menambah baik sistem dan gaya hidup rakyat agar lebih beradab, berdisiplin dan aman.
Malaysia mungkin ada cabarannya sendiri, tetapi tahap keprihatinan masyarakat dan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama dilihat lebih tinggi. Ia menjadikan persekitaran lebih selamat dan menyenangkan untuk semua.
Apa yang disampaikan oleh lelaki ini bukanlah semata-mata rasa kagum, tetapi lebih kepada satu cabaran kepada rakyat Indonesia untuk membuka mata dan mula berusaha membentuk masyarakat yang lebih baik, bermula dari diri sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: “Culture Shock Di Malaysia” – Wanita Indonesia Kagum Dengan Budaya Tempatan Air Ikat Tepi
Baca Artikel Berkaitan: Indonesia Sekat Jualan Barisan iPhone 16, Mahu Tunggu Hingga Apple Tambah Pelaburan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Indonesia Kecam Tindakan Pendakwah Didakwa Hina Peniaga Air Teh Depan Khalayak Ramai




