“Kahwin Lah Bro Nanti Bagi Bini Yang Buat Kerja Rumah” – Kenyataan Seorang Pemuda Dikecam Teruk Netizen

17 Aug 2023 • 7:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik beberapa keping gambar keadaan kediamannya selepas dibersihkan sendirian di Twitter.

Menerusi ciapan yang dimuat naiknya itu, lelaki tersebut memaklumkan dia mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah untuk membersihkan rumahnya itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, pengguna Twitter yang dikenali sebagai Razha menerima komen yang kurang enak daripada individu yang menasihatinya untuk segera berkahwin.

Individu yang juga merupakan pengikutnya berpendapat bahawa jika sudah berkahwin lelaki itu boleh menyerahkan tugasan menguruskan rumah tangga sepenuhnya kepada isteri.

Kahwin lah bro nanti bagi bini je yang buat kerja rumah.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut tidak dipersetujui netizen di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam kenyataan pemuda itu kerana berfikiran sebegitu pada kaum wanita.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berdoa agar tidak dijodohkan dengan individu yang mempunyai pemikiran seperti itu.

Terdahulu, seorang lelaki didakwa telah mengintai seorang wanita yang sedang membuang air besar ketika berada di dalam tandas awam.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kata lelaki yang beli beras tapi bila ajak dating kenapa perempuan kene bayar?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved