Tular Pengkid Kacau Jurujual Wanita Sedang Bekerja, Sampai Kejar Minta Peluk

16 Aug 2023 • 1:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Viral satu rakaman pengkid try hard nak nampak jantan, kacau jurujual wanita

Tular Pengkid Kacau Jurujual Wanita Sedang Bekerja, Sampai Kejar Minta Peluk. Baru-baru, satu hantaran tular menunjukkan seorang wanita berperwatakan seperti lelaki atau pengkid menganggu jurujual wanita di sebuah kedai aksesori.

Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, pengkid tersebut menyatakan bahawa dia sering mengacau wanita tersebut kerana mungkin merasakan tindakannya itu comel atau kelakar.

image is not available
Sumber: twitter

Dalam pada itu, kelihatan pengkid yang memakai jaket berwarna merah gelap itu cuba mengejar, malah mahu memeluk jurujual yang sedang bekerja tersebut.

image is not available
Sumber: twitter

Mengundang kritikan dari netizen

Bagaimanapun, konten pengkid tersebut telah mengundang kritikan daripada netizen. Rata-rata mengatakan tindakan pengkid itu sudah dikira sebagai harassment.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mencadangkan supaya jurujual wanita itu perlu membuat laporan polis kerana diganggu oleh pengkid tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: