Kahwini Seorang Wanita, Adik-Beradik Lelaki Bermadu Demi Adat – “Ini Normal”

23 Jul 2025 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita dari Himachal Pradesh, India menarik perhatian ramai apabila dia mengahwini dua lelaki yang merupakan adik-beradik, menurut laporan Hindustan Times.

Wanita berkenaan, Sunita Chauhan, melangsungkan perkahwinan dengan Pradeep dan Kapil Negi pada 12 Julai lalu.

Ketiga-tiga mereka berasal daripada suku kaum Hatti, yang telah lama menetap di kawasan itu. Dalam budaya tradisional Hatti, adalah perkara biasa bagi seorang wanita berkahwin dengan lebih daripada seorang lelaki, khususnya untuk mengekalkan harta pusaka keluarga.

Sunita menjelaskan bahawa dia memahami adat tersebut dan membuat keputusan berkahwin dengan kedua-dua lelaki itu tanpa sebarang paksaan. Pradeep, abang kepada Kapil, bekerja dengan kerajaan negeri manakala adiknya bertugas di luar negara.

Pradeep menyatakan bahawa mereka bangga mengamalkan adat kaum Hatti dan keputusan itu dibuat secara bersama. Katanya,

Kami tidak menyembunyikan tradisi ini kerana kami menghargainya dan ia adalah pilihan kami bersama.

image is not available

Kapil pula menegaskan walaupun dia tidak tinggal di India, dia dan abangnya akan tetap memberikan kasih sayang, sokongan, dan kestabilan kepada isteri mereka sebagai satu keluarga.

Kaum Hatti merupakan komuniti yang tinggal di sempadan Himachal Pradesh dan Uttarakhand. Walaupun amalan poliandri telah menjadi sebahagian daripada budaya mereka sejak sekian lama, semakin ramai dalam kalangan mereka kini meninggalkan adat tersebut.

Menurut seorang penduduk Kampung Shillai, Bishan Tomar, terdapat banyak perkahwinan seumpama itu di kawasan mereka, namun kebanyakannya dilakukan secara senyap-senyap.

image is not available 2025-07-14 16:28:47

Malu Dengan Negara Sendiri, Pelancong India Anggap Malaysia Negara Sempurna - "Tiada Jalan Berlubang, Udara Bersih, Rakyat Mesra.."