Kahwini Wanita Kelantan, Lelaki Sebak Majlis Nikah Hanya Ditemani Sahabat

29 Jul 2025 • 5:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Majlis nikah hanya ditemani sahabat

Sahabat merupakan orang yang paling hampir dan menjadi tempat untuk kita berkongsi cerita tatkala di waktu senang mahaupun sukar.

Majlis nikah hanya ditemani sahabat

Baru-baru ini, tular dua orang sahabat berjaya meraih perhatian netizen apabila salah seorang daripada mereka selamat menikah bersama pilihan hatinya.

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan dua sahabat itu saling berpelukan setelah selesai acara akad nikah dan memaklumkan majlis tersebut berlangsung tanpa kehadiran keuarga pengantin lelaki yang dipercayai berada jauh di Sabah.

“Kami berdua orang Sabah jadi kami sahaja yang pergi majlis nikah di Tanah Merah, Kelantan,” katanya di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian berasingan, lelaki yang dikenali sebagai Suhaimi itu turut mendoakan yang terbaik buat rakan baiknya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasangan.

“Selamat sudah, aku sebagai sahabat sehidup semati kau, akan selalu ada untuk kau bila-bila sahaja. Kenangan kita di waktu bujang akan terkenang sampai bila-bila,” jelasnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen warganet terharu melihat perjuangan seorang sahabat yang sentiasa ada buat rakannya sewaktu diperlukan tidak kira pada waktu senang mahupun sukar.

Malah ada juga wargamaya memuji ketulusan hubungan persahabatan mereka dan mendoakan agar ukhwah itu berkekalan hingga ke syurga.

Pengorbanan seorang sahabat

image is not available

Moga bersahabat hingga syurga

image is not available

Sahabat susah senang

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan dan meraih lebih 58,000 tanda suka.

Sumber: TikTok azmira941