Kaitkan Kronisme & Nepotisme Dengan Nabi Muhammad, Pemilik Akaun Facebook Ini Akan Dipanggil Oleh JAKIM

LocalPolitics
16 Mar 2025 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemilik akaun Facebook bakal dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) susulan individu tersebut memuat naik kenyataan di mana dia mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW mengamalkan nepotisme and kronisme.

image is not available

Menurut individu tersebut, demokrasi Barat tidak mengamalkan nepotisme and kronisme.

Tambah individu itu lagi, Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Islam Madinah pula mengamalkan nepotisme and kronisme.

Selain itu, dia turut mempersoalkan adakah patut kronisme and nepotisme diamalkan juga pada zaman ini.

Susulan kenyataan individu ini yang kini telah tular, pihak JAKIM turut memuat naik kenyataan bahawa pihak JAKIM akan memanggil individu ini untuk bertemu dengannya untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, perkataan nepotisme atau nepotism dalam Bahasa Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Latin, nepos yang bermaksud nephew (anak saudara lelaki) atau grandson (cucu lelaki) dan perkataan Itali, nipote yang boleh merujuk kepada saudara-mara.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.