
Kajian Dedah Cara ‘Ini’ Boleh Hilangkan Sakit Pinggang Ketika Haid
Setiap bulan, tubuh wanita melalui satu kitaran semula jadi yang sudah pun bermula sejak usia remaja.
Walaupun ia dianggap perkara biasa, perubahan hormon yang berlaku sepanjang kitaran ini sebenarnya memberi kesan besar kepada emosi, tenaga dan fizikal seseorang.
Sakit pinggang ketika haid memang sesuatu yang biasa berlaku, namun ia boleh mengganggu kehidupan seharian bagi sesetengah orang. Ada yang terpaksa berehat, sukar berdiri lama dan ada juga yang menahan sakit sepanjang hari untuk meneruskan kerja.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan tip mudah untuk menghilangkan sakit pinggang, menurut Hello Doktor. Nombor 5 paling mengejutkan, ikuti perkongsian ini.
1. Teknik regangan dan urutan
Perkara paling penting buat wanita yang sedang senggugut adalah jangan layan rasa sakit itu! Sebaliknya, cuba lawan untuk bangun dan lakukan regangan dengan betul.
Caranya, anda hanya perlu duduk, berdiri atau berbaring tegak dan putar badan secara bersilih ganti ke kiri dan kanan. Ulang teknik ini sehingga mula berasa lega.
Dalam pada itu, tidak salah juga jika anda urut bahagian pinggang yang terjejas dengan teruk. Sekiranya tidak larat, boleh minta bantuan daripada pasangan atau rakan anda.
2. Senaman atau aktiviti fizikal ringan
Sebenarnya, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada regangan dan urutan yakni dengan senaman atau aktiviti fizikal ringan. Ia penting untuk penghasilan hormon endorfin.
Menurut kajian, tubuh badan yang cergas serta aktif itu akan lebih banyak menghasilkan hormon endorfin sekali gus mengurangkan rasa sakit pinggang semasa period.
Namun, ia tidak perlu terlalu berat seperti sukan lasak. Sebaliknya, anda mungkin hanya perlu berjalan, berjoging, berenang, berbasikal atau pilihan terbaik iaitu yoga.
3. Tuaman atau mandi air panas
Wanita juga boleh cuba amalkan tuaman air panas dengan guna tuala atau kain yang telah dicelup. Kemudian, tuamkan ia dengan lembut, cermat dan perlahan pada pinggang.
Dalam masa yang sama, anda turut boleh mandi air panas dengan cara mandi di bawah pancuran atau di dalam tab mandi. Pastikan suhu air itu tidak pula terlalu panas.
Ini kerana air pada suhu agak tinggi mampu melebarkan pembuluh darah sehingga membolehkan sirkulasi darah dan oksigen lebih mudah sampai ke tempat sakit itu.
4. Ubatan
Sekiranya ketiga-tiga cara di atas tadi masih tidak dapat membuahkan hasil, maka ini mungkin cara hilangkan sakit pinggang ketika period yang terakhir boleh anda cuba.
Ubatan naproxen atau ibuprofen adalah jenis terbaik yang boleh anda temui di farmasi. Kedua-duanya mampu membantu meregang otot dan mengurangkan rasa sakit.
Pun begitu, ia tidak boleh diambil pada dos yang banyak atau akan berlaku kesan sampingan lain. Oleh itu, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
5. Makan coklat juga boleh bantu?
Siapa sangka bahawa coklat boleh jadi salah satu daripada cara hilangkan sakit pinggang ketika period bukan? Hakikatnya, ia mungkin satu ikhtiar yang agak efektif.
Pun begitu, tidak semua jenis coklat ada kelebihan ini ya. Hanya coklat hitam yang tinggi dengan kandungan antiradang dan antioksidan yang perlu dipertimbangkan.
Dengan ini, anda bukan sahaja mampu untuk melegakan sakit pinggang ketika haid malah juga memuaskan selera makan. Ia perkara 2 dalam 1 yang menguntungkan.
Konklusinya, sakit pinggang semasa period itu adalah normal bagi wanita. Namun, sila rujuk doktor jika ia berpanjangan, berlarutan atau berlaku dengan sangat teruk.
BACA: Ini Sebab Air Kelapa Jauh Lebih Baik Dari Minuman Isotonik Lepas Bersukan
Sumber: Hello Doktor
The post Kajian Dedah 5 Cara ‘Ini’ Boleh Hilangkan Sakit Pinggang Ketika Haid appeared first on Siakap Keli.



![“Tak Guna Susu & Gula” – Pekerja Lori Milo Dedah Resepi Buat Ramai Tak Sabar Nak Cuba [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

