Kajian Dedah Penggunaan Skrin Berpanjangan Tingkat Risiko Autisme Terhadap Kanak-Kanak

Health & FitnessFamily & Parenting
17 Mar 2026 • 10:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kajian Dedah Penggunaan Skrin Berpanjangan Tingkat Risiko Autisme Terhadap Kanak-Kanak

Satu kajian terbaharu oleh Hospital Universiti Nasional (NUH) mendedahkan bahawa kanak-kanak yang menghabiskan masa lama di hadapan skrin digital mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk menunjukkan gejala autisme, terutamanya dalam aspek komunikasi sosial.

Dalam kajian Journal of Autism and Developmental Disorders bertarikh 8 Oktober 2025 mendapati pendedahan skrin berlebihan memberi kesan paling ketara terhadap keupayaan berinteraksi kanak-kanak dengan orang sekeliling. 

Kajian ini melibatkan 5,336 kanak-kanak berumur antara 17 hingga 24 bulan mendapati purata penggunaan skrin harian adalah satu jam 18 minit, dan meningkat kepada satu jam 26 minit pada hujung minggu.

Data ini sangat membimbangkan kerana ia jauh melebihi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan negara itu pada 2025.

Bagi kanak-kanak di bawah 18 bulan, sifar masa skrin manakala 18 bulan hingga 6 tahun kurang daripada satu jam sehari. 

image is not available

Tanda-Tanda Awal

Hasil penyelidikan mendapati kebanyakan ibu bapa di negara itu mula menyedari perubahan tingkah laku terhadap anak-anak mereka. 

Antara tanda awal yang dikesan termasuklah kegagalan kanak-kanak untuk menunjuk ke arah objek, tidak menunjukkan minat terhadap alat permainan, serta tidak memberikan sebarang tindak balas apabila nama mereka dipanggil. 

Walaupun tingkah laku ini merupakan indikator dalam saringan awal autisme, pakar menegaskan bahawa diagnosis rasmi hanya boleh disahkan oleh pakar perubatan bertauliah. 

Baca juga:

Kesan Terhadap Perkembangan Bahasa (Lisan)

image is not available
AFP

Ketua pengarang kajian, Penolong Profesor Adjung Aishworiya Ramkumar, menjelaskan bahawa pendedahan skrin pada usia bayi membawa risiko tinggi terhadap kelewatan perkembangan bahasa.

"Semakin muda usia kanak-kanak, semakin besar impaknya. Masa yang sepatutnya digunakan untuk interaksi dua hala dengan penjaga telah digantikan dengan skrin, sekali gus menyekat pembinaan kemahiran komunikasi asas," kata beliau. 

Fenomena 'Autisme Maya'

Dalam kajian itu turut menyentuh mengenai fenomena yang dikenali sebagai "autisme maya" (virtual autism).

Berdasarkan kajian terdahulu, kanak-kanak yang terdedah pada skrin lebih empat jam sehari menunjukkan gejala menyerupai autisme.

Bagaimanapun, keadaan mereka didapati bertambah baik secara drastik setelah penggunaan skrin dihadkan atau dihentikan sepenuhnya. 

Pakar dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH), Dr. Christelle Tan, turut mengesahkan pemerhatian serupa di mana gejala seperti kurang hubungan mata dan tantrum bertambah baik sebaik sahaja "diet digital" dilaksanakan.