Kajian ‘Mengejutkan’ Pasal Lelaki Umur 18 Hingga 25 Tahun 

15 Oct 2025 • 10:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kajian ‘Mengejutkan’ Pasal Lelaki Umur 18 Hingga 25 Tahun

Nampaknya, seni berani mengajak seseorang keluar secara berdepan kini semakin ‘hilang’ dalam kalangan generasi muda.

Menurut kajian DatePsychology, sebanyak 45 peratus lelaki berumur antara 18 hingga 25 tahun mengaku tidak pernah mengajak mana-mana perempuan keluar secara bersemuka.

Sebaliknya, kebanyakan mereka lebih selesa menggunakan aplikasi temu janji, mesej peribadi (DM) dan pelbagai bentuk komunikasi digital lain untuk memulakan langkah.

Punca

Penyelidik menjelaskan bahawa antara punca utama fenomena ini ialah peningkatan keresahan sosial (social anxiety) dan ketakutan terhadap penolakan.

Selain itu, kebergantungan yang semakin tinggi terhadap komunikasi digital turut menyumbang kepada keadaan tersebut.

Jelas laporan itu, 0rang ramai kini sudah terbiasa berkomunikasi secara maya sehingga kemahiran sosial di dunia sebenar jarang dipraktikkan.

Akibatnya, ramai berasa canggung dan tidak yakin apabila berdepan situasi bersemuka, seperti dilapor relevantmagazine.com.

Tambah relevantmagazine.com, trend ini juga seiring dengan perubahan gaya hidup Gen Z, di mana hubungan lebih kerap bermula di dunia maya berbanding pertemuan spontan di tempat awam.

Selain memudahkan interaksi, aplikasi temu janji juga menjadikan ramai memilih jalan selamat tanpa perlu menanggung risiko ditolak atau berasa malu.

Kajian tersebut turut sepadan dengan penemuan lain yang menunjukkan ramai anak muda kini menangguhkan atau enggan terlibat dalam hubungan romantik ‘lapuk’.

Antara alasan yang sering disebut ialah tekanan kerjaya, masalah kesihatan mental serta keletihan sosial pasca pandemik.