“Satu kejadian menyedihkan” – Pelajar Lelaki T*kam Pelajar Perempuan Hingga M*ut Sudah Ditahan

14 Oct 2025 • 1:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita mengejutkan pagi tadi, seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, dilaporkan maut dipercayai ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Menurut laporan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek seorang pelajar lelaki tingkatan dua, dilaporkan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pelajar berkenaan telah ditahan.

“Ini satu kejadian yang menyedihkan, pelajar lelaki menikam pelajar perempuan dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

“Motif kejadian masih dalam dalam siasatan, tangkapan sudah dibuat dan kenyataan selebihnya akan dikeluarkan Ketua Polis Selangor kemudian,” katanya.

image is not available

Berdasarkan maklumat awal, suspek turut bertindak mencederakan pelajar yang lain.

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi bagi menjalankan siasatan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.