Kak KM seronok hadiri konvokesyen anak sulung -“Kebanggaan mama”

LocalFamily & Parenting
8 Dec 2024 • 8:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kak KM seronok hadiri konvokesyen

Usahawan terkenal, Kak KM seronok hadiri konvokesyen anak sulungnya dan memuji bahawa puteri tersayang seorang yang bijak.

Dalam perkongsian Kak KM di Instagram, dia mengatakan bahawa anak gadisnya yang dikenali sebagai Nabila Razman merupakan kebanggaannya kerana berjaya menamatkan pengajian di universiti.

Instagram will load in the frontend.

Kak KM seronok hadiri konvokesyen, ucap tahniah kepada anak

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli turut mengucapkan tahniah kepada Nabila dan berkongsi video sewaktu gadis itu menerima skrol di atas pentas.

“Tahniah anak mama yang bijak pandai, Nabila. Kebanggaan mama,” tulisnya.

Kak KM seronok hadiri konvokesyen, puji Nabila seorang yang bijak

Dia juga berkongsi video di hadapan dewan censelori dengan memeluk dan mengangkat Nabila sambil meluahkan rasa bangga diatas kejayaan anaknya di hari konvokesyen.

Instagram will load in the frontend.

Tahniah Nabila!

Perkongsian yang dibuat Kak KM telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tumpang gembira dengan kejayaan Nabila apabila kini bergelar seorang graduan.

Mereka juga menyatakan tidak sangka bahawa gadis itu sudah habis belajar kerana merasakan baru sahaja dia dihantar ibunya untuk menyambung pelajaran di universiti.

image is not available

Bila tengok anak berjaya, tak tergambar rasa bangga ibu bapa

image is not available

Semoga urusan dipermudahkan selepas ini

image is not available

Sekadar info, usahawan yang sinonim dengan produk kesihatan wanita itu mempunyai 4 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki.

Kak KM yang sememangnya aktif di media sosial kerap berkongsi tentang anak-anaknya dan sentiasa bangga dengan apa yang dilakukan mereka.

Sumber: Instagram kakkmsayang