
Menerusi siaran langsung di TikTok, usahawan dikenali sebagai KK akui akan membantu adik beradiknya kerana tak sanggup melihat mereka berada dalam kesusahan.
Kak KM bercerita tentang itu apabila ditanya tentang konflik di antaranya dan kakak, Kak Nona yang menjalankan perniagaan produk bersama-sama.
Kata Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli kemewahan yang dimiliki olehnya dan keluarga merupakan hasil daripada penjualan produk mereka.
Kesian Kak Uji (adik beradik Kak KM) sebab itu aku tak ada masalah untuk tolong adik beradik aku yang susah. Sekarang dengan jual produk Sweetdara ni semua adik-beradik aku dah berharta.

Sebelum ini kecoh di media sosial tentang konflik yang timbul melibatkan mereka berdua dan Kak Nona dikatakan telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan itu secara berasingan.
Bila dah tak sehaluan berpisah dari segi perniagaan sebenarnya bagus untuk saya dan dia. Ini keputusan terbaik. Dia bebas untuk panggil siapa penasihat dia untuk menguruskan perniagaannya.

Saya tak campur tangan lagi. Saya akan teruskan perniagaan dengan cara saya sendiri. Bila dah lama berniaga bersama, kali ini tak sesuai dah.
Kak KM Pilih Hidup Sederhana, Tak Pernah Lupa Hidup Susah Dulu - "Aku Tetap Humble, Aku Beli Barang Kedai Aceh Je"
The post Kak KM Tak Ada Masalah Tolong Adik Beradik Yang Hidup Susah – “Sekarang, Semua Dah Berharta” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



