“Tak Malu, Mak Tak Ada Geng Gedik” – Netizen ‘Petik’ Nama Ibu Sambil Sindir Penampilan Seksi, Anak Kak KM Tak Diam Diri

EntertainmentLifestyle
2 Jul 2025 • 2:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, anak sulung usahawan sensasi, Kak KM iaitu Nabila Razman tampil membidas komen netizen yang menegur penampilan seksi yang sering dipaparkan olehnya di platform media sosial.

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, Nabila dilihat memakai baju crop-top berwarna putih lengan pendek yang telah menarik perhatian ramai.

Netizen kurang senang dengan penampilan seksi anak Kak KM

Biarpun sekadar mahu berkongsikan perkembangan terkini, terdapat sesetengah netizen yang kurang senang melihat penampilan Nabila seperti itu, apatah lagi baju yang dipakai memperlihatkan pusat serta perutnya.

Individu yang ‘sakit mata’ itu telah mengaitkan nama ibunya, Kak KM dengan mengatakan usahawan tersebut tidak mempunyai ‘geng gedik’ susulan anak perempuan kini menetap di Singapura.

Nabila bidas komen netizen

Tidak berdiam diri dengan sindiran tersebut, Nabila tampil membidas dengan mengatakan tidak perlu mengaitkan nama ibunya dalam hal ini.

image is not available

Tak perlu sebut nama mak aku lah orang tua.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen dengan menasihati Nabila untuk menjaga diri di sana, lagi-lagi baru memulakan kerjaya di tempat baru tanpa keluarga disisi.

image is not available

image is not available 2 years ago

Anak-Anak Sering Pakai Seksi, Kak KM Akui Ada Tegur - "Biasanya Saya Cakap Sambil Bergurau"