Kak KM tak keruan bekas teman lelaki masuk live – “Awak ingat lagi tak bau saya?

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 5:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kak KM tak keruan

Usahawan sensasi, Kak KM tak keruan apabila bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Rizal menyertai siaran langsung bersama pengikut yang lain, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @caramelmachiato di laman TikToknya, dapat dilihat Kak KM gagal mengawal perasaannya selain mengadu tubuh badannya berpeluh selepas mengetahui jejaka tersebut masuk ke dalam siaran langsungnya di aplikasi tersebut.

Kak KM tak keruan

“Panasnya, berpeluh kita bila bekas teman lelaki masuk dalam live,” katanya.

Malah, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sempat berseloroh dengan menyemburkan minyak wangi di bahagian lehernya sambil bertanya sama ada Rizal masih mengingati bau wangian itu.

Kak KM tak keruan

image is not available

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen terhibur dengan gelagat Kak KM namun ada juga individu yang bimbang terhadap perasaan suaminya selepas melihat video siaran langsung tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Kak KM berpendapat seorang isteri wajar bersikap dominan bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Kak KM yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri berkata salah satu sebab dia berjaya mengekalkan kebahagiaan rumah tangga selama 22 tahun adalah disebabkan perkara itu.

Sumber: TikTok @caramelmachiato