Tak adil! Netizen dakwa pekerja minuman teh viral tipu, asing bekas ada free gift?

LocalEntertainment
18 Nov 2024 • 7:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial apabila netizen dakwa pekerja minuman teh viral terkenal, Chagee telah membuat penipuan ketika promosi menyambut ulang tahun yang ketujuh, baru-baru ini.

Menerusi hantaran video tular, jelas memaparkan seorang pekerja di salah sebuah cawangan Chagee di Selangor telah memilih bekas minuman berkenaan yang dipercayai mempunyai hadiah.

Pekerja itu kemudiannya dilihat mengasingkan bekas air minuman berkenaan dan membawa ia ke belakang kaunter.

image is not available

Netizen dakwa pekerja minuman teh viral tipu

Tindakan berkenaan telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet dan mendakwa pekerja berkenaan tidak amanah dalam menjalankan tugas.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Isu berkenaan telah mendapat perhatian pihak pengurusan Chagee sendiri dan tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan salah seorang pekerjanya.

Menurutnya, pekerja berkenaan telah diberi arahan untuk memeriksa bekas minuman berkenaan sama ada mempunyai hadiah atau tidak.

image is not available

Pun begitu, pihak pengurusan akui mereka tidak seharusnya berbuat demikian di tempat terbuka.

Sumber: TikTok niessa_shauri, X ricxxxkiddo