Kakak Dedah Rahsia Cristiano Ronaldo

FootballSports
3 Jul 2026 • 9:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kakak Cristiano Ronaldo dilapor mencetuskan tanda tanya besar apabila memberi bayangan tentang masa depan adiknya bersama skuad Portugal.Kenyataan itu dibuat hanya beberapa minit sebelum Ronaldo turun menentang Croatia dalam aksi Piala Dunia.

Katia Aveiro dilapor membuat pendedahan itu ketika ditemubual media Portugis, Sport TV menjelang aksi pusingan 32 terbaik menentang Croatia di Toronto.

cristiano ronaldo

Menurut Katia, dia percaya kejohanan kali ini mungkin menjadi penutup tirai buat Ronaldo bersama pasukan kebangsaan Portugal.

Berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai saya percaya ini adalah ‘tarian terakhir’ (last dance) buatnya. Jadi, mari kita nikmati detik ini.- Katanya.

Ronaldo masih kejar rekod besar

Image from: Kakak Dedah Rahsia Cristiano Ronaldo

Untuk rekod, Ronaldo kini berusia 41 tahun dan baru sahaja mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia berbeza.

Sebelum ini, bekas bintang Manchester United itu pernah menegaskan dia tidak akan menggantung but selagi belum mencapai sasaran 1,000 gol sepanjang karier.

Setakat ini, Ronaldo dilapor sudah mengumpul 975 gol dan masih memegang status penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak lelaki dengan 145 gol untuk Portugal.

Masa depan bersama Portugal jadi tanda tanya

Image from: Kakak Dedah Rahsia Cristiano Ronaldo

Walaupun masih tajam di depan gol, kedudukan Ronaldo dalam kesebelasan utama Portugal sebelum ini sering menjadi perbualan kerana faktor usia.

Namun, dia kembali membuktikan kemampuan apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Portugal menewaskan Uzbekistan 5-0 sebelum ini.

Dalam masa sama, Ronaldo dijangka masih meneruskan karier di peringkat kelab bersama Al Nassr sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat pada tahun 2027.

Pssttt! Kalau benar ini Piala Dunia terakhir Cristiano Ronaldo bersama Portugal, memang satu era bola sepak bakal sampai ke penghujungnya. Apa pun, legenda tetap legenda dan korang yang membesar tengok Ronaldo main mesti faham betapa besar impaknya dalam dunia bola sepak.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Kakak Dedah Rahsia Cristiano Ronaldo appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved