Kakak Ira Kazar puji adik makin pandai beraksi di dapur selepas berkahwin

Entertainment
30 Jun 2023 • 5:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kakak kepada personaliti media sosial dan pelakon, Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar,37, memuji kehebatan adiknya beraksi di dapur selepas mendirikan rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof sejak awal Januari lalu.

Memetik laporan OhBulan!, Yasmin yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi berkata dia memuji usaha yang dilakukan oleh adiknya itu.

image is not available

Malah, pujian tersebut dberikan adalah sebagai pembakar semangat buat Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin untuk terus belajar memasak.

“Benar, Ira sekarang dah semakin pandai masak sejak dia berumah tangga. Itu adalah perkara baik untuk dia.
“Saya dan dia, malah adik beradik yang lain bukan pandai masak sangat pun sebelum ini. Kemudian, selepas kahwin masing-masing semakin pandai.
“Itu adalah perkembangan baik juga. Saya puji dia tentang itu, untuk beri semangat juga,”katanya.

Sebelum ini, Yasmin pernah memuat naik hantaran di Instagram Story adiknya memasak sotong tumis selain meninggalkan pujian kerana ia begitu sedap untuk dijamah.

image is not available

Sementara itu, kakak sulung kepada Ira iaitu Melor Kazar,40, mengatakan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat rumah tangga adiknya bersama suami tercinta.

Melor berkata, dia tidak mampu memberikan sebarang komen lebih lanjut mengenai rumah tangga adiknya kerana tidak mengalami ujian tersebut.

“Saya doakan yang terbaik untuk Ira dan suami (Syamsul). Saya pun nak cakap lebih, tak boleh sebab bukan saya yang menghadapi ujian itu.
“Masing-masing dah besar. InsyaAllah mereka boleh lalui semua ini,”kata Melor.

image is not available

Sebelum ini, berita mengenai Ira Kazar sah bergelar isteri kepada Syamsul Yusof seperti diumumkan pada 5 Januari lalu mengejutkan ramai sehingga ia menjadi bualan ramai sehingga kini.

image is not available

Susulan itu, isteri pertama Syamsul ketika itu iaitu Puteri Sarah Liyana yang juga seorang aktres bertindak memfailkan perceraian terhadap suaminya sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Sekadar info, Syamsul Yusof berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam,6, dan Sumayyah,4.

image is not available

Sumber: OhBulan! (Shahrin)