
Kemelut rumah tangga pengarah tersohor Syamsul Yusof dengan bekas isteri Puteri Sarah sudah berakhir, namun masih ramai yang tertanya-tanya kondisi isterinya kini iaitu Ira Kazar.
Dalam laporan Berita Harian, kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar ditanya mengenai perkembangan terkini adiknya itu selepas segala kemelut rumah tangga yang dihadapinya.
Melor yang juga kakak sulung dari lima beradik itu berkongsi meskipun adiknya itu berdepan dengan ujian rumah tangga, Ira tetap tenang dan positif. Malah, ahli keluarganya yang lain turut menjalani hidup seperti biasa.

“Hakikatnya semua sama sahaja, tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang.
Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay.
Keadaan Ira pun sama sahaja sejak dahulu, sentiasa positif. Jujurnya, kami mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini.
“Sebab kita nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir,” katanya.
Dalam masa yang sama, Melor turut berkongsi mereka sekeluarga tidak endah dengan segala komen dari netizen, dia turut berkata dia dan adik beradik lain sudah diajar untuk sentiasa bersabar.
Dia berkongsi mereka sekluarga tidak takut dengan apa-apa kecaman kerana bagi mereka hidup perlu diteruskan.
Kita doakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga ok?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

