Kakak Pemandu Honda Jazz Menangis Mohon Maaf, Netizen Suruh Jumpa Keluarga Mangsa – “Saya Upload Semua Tu Dalam Keadaan Emosi”

LocalPolitics
10 Mar 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kakak kepada pemandu Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat di Senawang, Negeri Sembilan sehingga meragut nyawa dua individu telah tampil membuat permohonan maaf.

Tindakan itu susulan hantaran yang dimuat naiknya di media sosial berhubung insiden tersebut di mana dia meminta orang ramai mendoakan adik lelakinya serta berharap ada keadilan buat remaja tersebut.

image is not available

image is not available

 

Menyesal dan minta maaf

Menerusi video di TikTok, wanita itu membuat permohonan maaf terbuka kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia yang terkesan dengan kenyataan dibuatnya sebelum ini.

image is not available

image is not available

Sambil menangis, dia meminta maaf atas hantaran dan komen yang keterluan ditulisnya sehingga membuatkan masyarakat berasa marah.

Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal.

@bungaorkeddddddddddd Assalammualaikkum / Salam sejahtera . Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut diSenawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari. Saya mintak maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul betul menyesal atas kata kata saya yang lepas. Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. #kakakhondajazz #permohonanmaaf #kemalanganmautsenawang ♬ original sound – Mk

Akaun TikTok tersebut dipercayai dibuka oleh ahli keluarga wanita itu untuk meredakan situasi tegang yang sedang berlaku disebabkannya.

Menerusi hantaran yang lain, pihak keluarga turut membuat kenyataan permohonaan maaf dan mengaku bersalah selain akui tidak mahu menegakkan benang yang basah.

image is not available

Selain itu, keluarga turut akui mereka tidak tahu menahu bahaw wanita berkenaan telah berbalas komen dan membuat kenyataan sedemikian.

Kami sekeluarga mengaku kami berada di pihak yang salah, kami tidak menegakkan benang yang basah. Kami mengaku dan kami reda.

image is not available

Sementara itu, di ruangan komen ramai netizen mendesak agar wanita berkenaan pergi berjumpa dengan keluarga dua mangsa yang terkorban akibat kesalahan

image is not available 19 hours ago

Netizen Kecam Kakak Pemandu Honda Jazz ‘Back Up’ Adik, Saksi Kemalangan Di Senawang Tampil Buka Cerita