Kemalangan Di Senawang: Kakak Pemandu Honda Jazz Tampil Mohon Maaf [Video]

LocalCars
10 Mar 2025 • 10:59 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak minggu lalu, tular di media sosial rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz merempuh dua motosikal selepas pemandu kereta itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan persiaran Senawang 1, Seremban.

Dalam kejadian 8.30 malam Khamis (6 Mac) itu, penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss masing-masing berusia 15 dan 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mereka yang meninggal dunia ialah Muhammad Aidil Ramdan, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16.

Polis kemudiannya mengesahkan pemandu Honda Jazz berkenaan tiada lesen memandu.

Kejadian itu telah meraih perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan remaja lelaki yang memandu Honda Jazz berkenaan memandu secara berbahaya.

Kakak pemandu Honda Jazz ‘back-up’ adik

Kemarahan orang ramai dilihat semakin membuak-buak selepas kakak kepada pemandu itu tampil menyebelahi adiknya menerusi beberapa hantaran dan komen di media sosial.

Jelas, tindakan wanita terbabit seolah-olah adiknya pula menjadi mangsa yang perlu menuntut keadilaan.

Susulan itu, kebanyakan orang menyelar tindakan wanita terbabit kerana cuba ‘menegakkan benang yang basah’ serta menyifatkan dia sebagai tidak bersimpati terhadap nasib ahli keluarga mangsa-mangsa yang meninggal dunia.

Kakak pemandu Honda Jazz tampil mohon maaf

Terbaharu, kakak kepada pemandu Honda Jazz terbabit telah tampil memohon maaf kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa serta seluruh rakyat Malaysia atas hantaran dan komen yang dimuat naik olehnya itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bungaorkeddddddddddd, wanita terbabit berkata dia sedar bahawa telah memuat naik hantaran serta komen sedemikain dalam keadaan beremosi.

Akui menyesal dan berharap keluarga mangsa maafkannya

Dalam video sama, dia mengaku menyesal dengan perbuatannya itu dan berharap agar keluarga mangsa dapat memaafkannya.

“Saya sedar, saya telah muat naik hantaran dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya dalam keadaan sebak.

Video tersebut dipercayai direkod di dalam pejabat atau ruangan audio siar (podcast) milik penyanyi rap, Caprice berdasarkan logo yang tertera di belakang.

@bungaorkeddddddddddd

Assalammualaikkum / Salam sejahtera . Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut diSenawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari. Saya mintak maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul betul menyesal atas kata kata saya yang lepas. Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. #kakakhondajazz #permohonanmaaf #kemalanganmautsenawang

♬ original sound – Mk – Mk

Remaja pandu Honda Jazz rupanya tiada lesen memandu

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pemandu kereta Honda Jazz yang berusia 18 tahun itu didapati tiada lesen memandu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut kes ini dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu proses siasatan dan menjaga sensitiviti mereka yang berkaitan.

“Buat masa ini keterangan pemandu kereta terbabit masih belum diambil kerana mangsa masih dirawat di hospital,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jelasnya, kes masih diteruskan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan juga akan menjurus kepada kesalahan-kesalahan di bawah akta tersebut termasuk tiada lesen memandu.