Kakak tiri Zara dakwa sering dipanggil anak haram

LocalFamily & Parenting
7 Oct 2026 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kakak tiri Zara dakwa sering dipanggil anak haram

Kota Kinabalu: Kakak tiri Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner pada Selasa bahawa ibu tirinya sering mengeluarkan kata-kata yang memberi kesan emosi kepadanya ketika masih kanak-kanak termasuk menggelarnya sebagai “anak haram”.

Saksi ke-81 Malianah Mahathir, 25, berkata ibu tirinya Noraidah Lamat juga sering memberitahunya bahawa bapanya tidak menyukainya selain mengeluarkan kata-kata berhubung ibu kandungnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Mohamad Fairuz Johari yang bertanyakan perkara paling diingatinya mengenai layanan Noraidah terhadapnya semasa kecil.

Fairuz: Berdasarkan pengalaman sendiri, apakah perkara yang paling diingati mengenai cara Noraidah melayan kamu ketika masih kanak-kanak?Malianah: Dia sering memberitahu saya bahawa saya anak haram, bapa saya tidak menyukai saya dan dia juga sering mengeluarkan kata-kata mengenai ibu kandung saya.

Fairuz: Kamu menyatakan bahawa kamu berasa tidak selesa dan tidak gembira. Boleh jelaskan kepada mahkamah mengapa kamu berasa sedemikian?Malianah: Kerana saya merasakan ibu tiri saya tidak menyukai saya.

Fairuz: Ketika itu kamu masih bersekolah, betul?Malianah: Betul.

Fairuz: Adakah kamu ingat kamu berada di tahun berapa ketika itu?Malianah: Ya, Tahun Empat.

Fairuz: Biasanya, siapa yang berada di rumah bersama kamu apabila bapa kamu keluar bekerja?Malianah: Ibu tiri saya.

Fairuz: Berapa lama dan berapa kerap bapa kamu keluar bekerja?Malianah: Kerap, lima hingga enam hari seminggu.

Fairuz: Adakah jadual kerja bapa kamu tetap atau berubah-ubah?Malianah: Berubah-ubah.

Fairuz: Ketika itu, apakah jadual persekolahan kamu dan siapa yang menguruskan keperluan persekolahan kamu?Malianah: Saya bersekolah pada waktu pagi. Ada perkara yang saya uruskan sendiri manakala sebahagiannya dibantu Mama Zara.

Fairuz: Jadi, adakalanya ketika bapa kamu tiada kerana bekerja, Mama Zara turut membantu menguruskan persekolahan kamu?Malianah: Ya, contohnya menjemput saya pulang dari sekolah dan menghantar saya ke sekolah.

Menjawab satu soalan, Malianah berkata hubungannya dengan ibu tirinya tidak baik sepanjang tempoh dia tinggal bersama wanita itu.

Fairuz: Bagaimanakah hubungan kamu dengan Noraidah sepanjang tempoh itu?Malianah: Tidak baik.

Fairuz: Boleh jelaskan dengan lebih lanjut apa yang kamu maksudkan dengan tidak baik?Malianah: Dia sering memburuk-burukkan ibu kandung saya.

Fairuz: Kamu menyatakan bahawa Noraidah melayan kamu secara berbeza ketika bapa kamu berada di rumah. Boleh jelaskan kepada mahkamah apakah perbezaannya?Malianah: Dia melayan saya dengan baik apabila bapa ada tetapi apabila bapa tiada, dia akan menyakiti hati saya dengan kata-kata kasar.

Fairuz: Selain perkara yang kamu nyatakan dalam perenggan-perenggan pernyataan saksi, adakah terdapat kejadian lain yang masih kamu ingat dengan jelas?Malianah: Tidak. Saya hanya ingat perkara yang telah saya nyatakan kerana itulah satu-satunya perkara yang memberi kesan kepada saya.

Fairuz: Pernahkah kamu memberitahu bapa mengenai perbezaan layanan itu?Malianah: Selepas saya meninggalkan rumah Mama Zara.

Fairuz: Apakah yang kamu beritahu bapa?Malianah: Saya tidak suka Mama Zara.

Fairuz: Selain bapa, pernahkah kamu memberitahu ahli keluarga lain mengenai perkara itu?Malianah: Ya, keluarga ibu kandung saya.

Fairuz: Apakah reaksi mereka?Malianah: Mereka bersimpati terhadap saya dan terdapat juga beberapa kejadian apabila saya bertengkar dengan Mama Zara, lalu mereka campur tangan.

Fairuz: Apakah yang menyebabkan kamu bertengkar dengan Mama Zara?Malianah: Kebanyakannya mengenai Baba.

Menurut Malianah ketika bapanya tiada di rumah, dia terpaksa menguruskan sendiri makanan, pakaian dan persiapan ke sekolah dan perkara itu berlaku berulang kali.

Beliau turut berkata kata-kata kasar ibu tirinya menyakiti hatinya manakala kenyataan wanita itu mengenai ibu kandungnya menyebabkan dia tertanya-tanya sama ada perkara yang diperkatakan itu benar.

Menurut Malianah kata-kata ibu tirinya turut menjejaskan perasaannya terhadap diri sendiri dan keluarganya kerana dia mula tertanya-tanya sama ada ibu kandungnya membencinya.

“Kata-katanya juga membuatkan saya tertanya-tanya sama ada ibu kandung saya benar-benar melakukan perkara yang dikatakannya sehingga menyebabkan saya membenci ibu kandung sendiri.

“Saya pernah memberitahu ibu kandung mengenai perkara itu dan dia terkejut lalu berkata, ‘Bagaimana Mama Zara boleh menuduh saya melakukan perkara sedemikian?’” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved