Kemuka lima tangkap layar mesej Facebook pertengkaran dengan ibu tiri

LocalFamily & Parenting
7 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kemuka lima tangkap layar mesej Facebook pertengkaran dengan ibu tiri

Kota Kinabalu: Kakak tiri Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengemukakan lima tangkap layar mesej Facebook berkaitan pertengkarannya dengan ibu tiri, Noraidah Lamat.

Malianah Mahathir, 25, berkata beliau menerima tangkap layar berkenaan selepas bertengkar dengan Noraidah menerusi Facebook ketika berusia 13 tahun.

“Bapa saya mengambil tangkap layar itu dan beliau juga yang menghantarnya kepada saya. Jadi saya menyimpannya sehingga sekarang.

“Bapa menghantar tangkap layar itu kerana beliau bertanya mengapa saya bertengkar dengan Mama Zara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Mohd Fairus Johari di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Selasa.

Malianah, saksi ke-81, berkata beliau tidak pasti tahun mesej itu dihantar namun tarikh yang tertera pada tangkap layar berkenaan termasuk 11 Jun, 21 Ogos dan 5 September.

Katanya ketika itu dia belum mempunyai peranti sendiri dan hanya dapat mengakses akaun Facebook pada waktu tertentu menggunakan peranti milik ahli keluarganya.

“Saya tidak pasti tahun berapa tetapi ketika itu saya berusia 13 tahun,” katanya.

Ketika disoal peguam Shahlan Jufri, Malianah mengakui dirinya hanya membuat andaian bahawa bapanya yang mewujudkan akaun Facebook menggunakan nama Zara.

Malianah berkata andaian itu dibuat kerana bapanya turut mewujudkan akaun Facebook untuk dirinya dan tiga adik-beradiknya. Malianah turut mengakui bahawa beberapa perkataan dalam mesej yang didakwanya ditulis oleh Noraidah lazim digunakan oleh golongan muda.

Bagaimanapun dia tetap menegaskan bahawa mesej berkenaan ditulis oleh Noraidah berdasarkan pengalamannya tinggal bersama ibu tirinya itu.

“Saya 100 peratus pasti itu Mama Zara kerana saya pernah tinggal bersamanya dan perkataan ‘anak haram’ sering keluar daripada mulutnya ketika saya tinggal bersamanya.

“Jadi saya sangat-sangat pasti itu adalah dia,” katanya.

Terdahulu Malianah turut membacakan semua mesej yang terkandung dalam lima tangkap layar berkenaan di mahkamah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved