Kaki Kena Patuk, Lelaki Gigit Ular Tedung Sampai Mati & ‘Kalung’ Pada Leher

13 Sep 2022 • 10:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kaki Kena Patuk, Lelaki Gigit Ular Tedung Sampai Mati & ‘Kalung’ Pada Leher

Seorang lelaki yang berang akibat dipatuk ular tedung bertindak mengigit reptilia berbisa berkenaan sehingga mati di sawah padi berhampiran kampung Darada di Bengal, India pada Selasa lalu, lapor Daily Star.

Lelaki yang bekerja sebagai pesawah padi itu difahamkan sedang mengumpul rumput untuk memberi makan kepada lembu peliharaannya sebelum dipatuk ular berbisa itu pada bahagian kaki.

Berbeza dengan orang lain yang mungkin melarikan diri akibat ketakutan, lelaki terbabit nekad untuk membalas dendam terhadap ular itu dengan menggigitnya hingga mati.

Selepas berjaya membunuh reptilia tersebut, dia bertindak melilit haiwan itu pada bahagian lehernya sebelum dibawa berarak mengelilingi bandar dengan penuh bangga.

“Kami melihat dia menaiki basikal dengan ular tedung mati di lehernya dan ia sangat menakutkan,” kata seorang saksi.

Menurut laporan Sambad English, selain tidak merasa sakit, lelaki berkenaan mendakwa telah menghilangkan bisa ular tedung itu dengan ilmu sihir.

Dua Beradik Maut Dipatuk Ular

image is not available

Terdahulu, seorang lelaki dilapor maut maut akibat dipatuk ular ketika tidur selepas menghadiri pengebumian abangnya yang turut maut akibat dipatuk ular dalam satu kejadian sejak sebulan lalu, lapor Independent.

Dalam laporan tersebut, lelaki berusia 22 tahun itu pulang ke kampung halamannya di Bhawanipur, India untuk menghadiri upacara pengebumian abangnya yang maut selepas dipatuk ular tedung.

Pegawai kanan polis, Raman Singh memberitahu media bahawa seorang lagi saudara lelaki daripada dua beradik yang maut itu turut dipatuk ular dan berada dalam keadaan yang kritikal.

“Mangsa telah maut selepas dipatuk ular ketika tidur, malah salah seorang saudaranya yang berada dalam rumah yang sama turut dipatuk ular,” ujar Raman Singh.

Sumber: Daily Star