
KOTA BELUD: Seorang murid prasekolah terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam apabila kaki kanannya tersepit dalam mangkuk tandas di sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di Kampung Menungu di sini, Jumaat. Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan berjaya diselamatkan sepasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota termasuk Pegawai bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik tiba, terdapat seorang kanak-kanak lelaki dengan kaki kanannnya tersepit di mangkuk tandas dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan kaki kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas (Paratech Tool)”. Operasi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit mengambil masa hampir dua jam sebelum berjaya dikeluarkan pada jam 12.40 tengah hari,” ujarnya.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Menurut Muhammad Syazwan, mangsa yang cedera ringan itu diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Kota Belud menaiki ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
“Operasi ditamatkan jam 12.53 tengah hari, tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.




