Seorang kakitangan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penahanan seorang juruterbang Malaysia yang cuba menyeludup 25 kilogram dadah jenis ekstasi ke Jakarta, Indonesia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati individu berkenaan merupakan antara petugas yang terlibat dalam proses saringan pemeriksaan di lapangan terbang itu.
Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta, Disyaki Seludup 25 Kilogram Syabu Dan 70,114 Pil Ekstasi
Menurutnya, individu tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan rakaman percakapan akan diambil.
“Setakat ini, kita sudah dapat (mengenal pasti) seorang (individu bagi membantu siasatan kes itu. Kita akan panggil dia untuk soal siasat dan kalau ada keperluan, kita akan membuat tangkapan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Dalam perkembangan sama, Hussein berkata suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah itu dari sebuah apartmen di Ampang sebelum cuba membawanya ke Indonesia.

“Siasatan polis kini tertumpu kepada keseluruhan rangkaian pengedaran dadah termasuk sumber bekalan yang diperoleh suspek di Malaysia.
“Kita berjaya mengesan lokasi dipercayai digunakan suspek bagi mendapatkan bekalan selain memperoleh nombor telefon yang dihubungi bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Beliau turut memaklumkan juruterbang berkenaan dipercayai membawa dadah itu dari Kuala Lumpur sebelum melakukan perjalanan ke Kota Kinabalu dan kembali ke KLIA sebelum berlepas ke Jakarta pada malam kejadian.
“Suspek kemudiannya mendaftar masuk bagasi itu lebih awal sebelum berlepas dari KLIA menerusi penerbangan ke Kota Kinabalu pada sebelah pagi. Perjalanan dia dari KLIA ke KK, kemudian KK ke KLIA sebelum ke Jakarta pada malam berkenaan,” katanya. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta, Disyaki Seludup 25 Kilogram Syabu Dan 70,114 Pil Ekstasi
The post Kakitangan KLIA Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Juruterbang Seludup 25 Kilogram Ekstasi Ke Jakarta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






