Satu lagi kes rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, disyaki seludup dadah puluhan kilogram

4 Aug 2026 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Jawa Timur selepas dipercayai cuba menyeludup dadah.

Image from: Satu lagi kes rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, disyaki seludup dadah puluhan kilogram

Memetik laporan malaysiakini, Menurutnya, suspek ditahan kerana disyaki membawa 990 gram metamfetamin serta 1,089 biji pil ekstasi.

“Ya, JSJN akan ambil tindakan susulan kes ini juga,” kata Hussein Omar.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan suspek yang dikenali dengan inisial DI dipercayai menyembunyikan bahan terlarang berkenaan menggunakan korset yang dipakai pada badannya.

Hussein berkata, hasil pemeriksaan mendapati dadah berkenaan terdiri daripada beberapa paket yang dilekatkan pada tubuh suspek.

“Empat paket ‘syabu’ (metamfetamin) seberat kira-kira 1kg, dan empat paket kira-kira 1,000 biji pil ekstasi (MDMA). Semuanya dilekatkan pada badan,” jelasnya.

Pihak berkuasa Indonesia turut memaklumkan rampasan itu membabitkan empat paket metamfetamin dengan berat keseluruhan 990 gram serta empat paket mengandungi 1,089 pil ekstasi.

Kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai sekitar Rp2.9 bilion (kira-kira RM660,000).

Pegawai Lapangan Terbang Juanda, Novi Manunggal berkata, penahanan suspek dibuat selepas pihaknya menerima maklumat daripada Pasukan Penguatkuasaan dan Penyiasatan Kastam Juanda.

“Kami menerima maklumat pada jam 9.50 pagi waktu tempatan mengenai seorang penumpang yang mencurigakan,” katanya seperti dipetik portal Kompas.com hari ini.

Suspek dilaporkan tiba di Surabaya menaiki penerbangan Batik Air OD 352 dari Kuala Lumpur pada jam 10.16 pagi, 29 Julai lalu.

Menurut Novi, anggota penguat kuasa kemudian ditempatkan di beberapa lokasi termasuk kawasan landasan pesawat, pemeriksaan imigresen serta zon pemeriksaan X-ray Kastam bagi mengesan suspek.

“Pegawai kemudian menempatkan anggota di kawasan landasan pesawat, pemeriksaan imigresen dan kawasan saringan X-ray Kastam,” tambahnya lagi.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mendakwa bersetuju menjadi keldai dadah kerana berdepan masalah kewangan serta hutang.

Image from: Satu lagi kes rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, disyaki seludup dadah puluhan kilogram

Penahanan itu berlaku sehari selepas seorang juruterbang warga Malaysia turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta selepas pihak berkuasa Indonesia mendakwa menemui dadah dalam simpanannya.

Hussein sebelum ini memaklumkan siasatan terhadap kes juruterbang berkenaan mengenal pasti seorang pekerja lapangan terbang berusia 30-an sebagai individu berkepentingan bagi membantu siasatan mengenai bagaimana dadah itu boleh melepasi pemeriksaan keselamatan di KLIA.

Kedua-dua kes berkenaan mencetuskan persoalan mengenai tahap saringan keselamatan terhadap penumpang yang berlepas dari lapangan terbang Malaysia.

Artikel lain: Kes juruterbang: Polis kesan seorang petugas saringan di KLIA

Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan kedua-dua kes tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Mengikut undang-undang antidadah Indonesia, kedua-dua warga Malaysia terbabit boleh berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sumber: malaysiakini (Alyaa Alhadjri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved